Pelakon cantik, Anzalna Nasir berkongsi foto Hari Raya Qurban bersama bersama anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini mencecah usia 2 tahun.
Paling mencuri tumpuan, Anzalna mengakui berat badannya kini kembali kepada berat ideal selepas selesai pantang 44 hari sejurus bersalin anak kedua, Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu.
View this post on Instagram
“Selepas 44 hari berpatang Alhamdulillah dah turun berat badan back to normal tetapi, selepas Aidiladha rasanya naik balik berat badan!
“Pi utagha mana boleh diet semua kasi hentam makan sampai pengsan!,” seloroh Anzalna yang kelihatan ayu sopan mengenakan persalinan meeah jambu cair.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/QPwU_3scuWk
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI