Kejayaan Demi Moore menggengam trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem (Komedi/Muzikal) di Anugerah Golden Globe 2025 menerusi lakonannya dalam filem The Substance cukup memberi inspirasi.
Mengalahkan pelakon lain yang tidak kurang hebat seperti Amy Adams, Zendaya, Cynthia Enviro, Karla Sofia Gascon dan Mikey Madison, Demi yang anggun mengenakan gaun rona metalik kelihatan sebak saat menerima anugerah berprestij itu.
“Saya tidak sangka dapat anugerah ini, hanya rasa terekejut sekarang,” ucap pelakon berusia 62 tahun ini saat menerima trofi tersebut daripada Andrew Garfield dan Kerry Washington.
Sambungnya lagi, “Saya telah berlakon untuk jangka masa yang lama, lebih 45 tahun, dan ini kali pertama saya pernah menang sebarang anugerah sebagai seorang pelakon. Saya berasa sangat rendah diri dan bersyukur.”
Menjadikan ucapannya begitu menyentuh hati dan memberi inspirasi, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi satu momen yang pernah membuatkan dia tidak percaya akan kebolehan dirinya.
Ads
“30 tahun lalu ada penerbit memberitahu bahawa merupakan seorang ‘pelakon popcorn’, dan saya memahami maksud itu dengan percaya yang menang sebuah trofi lakonan bukanlah untuk saya.
“Saya boleh berlakon banyak filem yang berjaya dan meraih banyak keuntungan namun saya tidak akan diakui, saya percaya kata-kata itu.
“Ucapan itu berbekas dalam hati saya begitu lama dan saya menyangkakan yang beberapa tahun lalu mungkin saya sudah cukup dengan apa yang saya lakukan selama ini,” ucapnya panjang.
Selain itu, Demi turut berpesan kepada semua yang menonton supaya selalu percaya diri dan jangan pernah meletakkan kemampuan diri dengan satu ‘ukuran’ yang dicipta manusia.
Demi memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan pada 1978 dan telah membintangi lebih 60 buah filem dan hampir 20 drama televisyen. Kebanyakan filem yang dilakonkannya berjaya di pawagam.
Pada 1996, dia mencipta rekod sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi iaitu USD12.5 juta untuk penampilannya dalam filem Striptease.
Ads
Sekadar info, gelaran pelakon popcorn merupakan istilah yang diberikan kepada pelakon yang cukup laris dan popular sebagai pelakon filem yang memiliki keuntungan yang tinggi namun bakat mereka dikatakan tidak cukup untuk menang anugerah lakonan berprestij.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah sering mendapat perhatian ramai apabila kerap berkongsi video dan aktiviti hariannya di akaun Instagram bersama adik ‘istimewa’, Afiatul Salsabiila atau mesra dengan panggilan Cik Pia yang mengalami Syndrom Down.
Menariknya, Bengah ada memuat naik entri memaklumkan isterinya, Nur beserta sudah pun mengenakan hijab.
“Saya tak suka di dulu, sekarang saya suka!”
SABAR.. aku bukan nak pandai cakap je. kita baik ke jahat ke? sabar jelag yg penting berdoa pada Allah
Dia nak berhijab pun ats urusan dia dgn Allah. Aku bimbing dia dgn doa.. senyap2 aku doa.. marah dgn dia pun aku doa.. tak marah punn DOA
Satu hari bila harijadi dia 16 November pd hari Jumaat..isteri minta jgn update jgn upload apa2! Aku ingatkan nak ajak gaduh ke atau nak buat prank.. rupanya pd hari tersebut terbuka pintu hati dia nak berhijab.. Hati ni bersangka baik.. mungkin dia nak pakai sekejap sekejap? Bila dia ckp.. “SUAMI SUKA ISTERI PAKAI MACAM NI??” Hoi! Jgn camni sayangku… aku punya gembira tu Allah je yg tahu..
Aku perati je dressup isteriku Nur skrg ni.. dia suka pakai baju jubah yg longgar dari tubuh badan.. ada pula kata dia berbadan dua! Aku AMIN saja.. yg susahnya skrg ni bila nak ambik gambar.. dah pakai baju besar? mcm mn nak nmpk kecik? HAHHA! Dugaan lagi nak melayan perangai dia.. tapi tak apa semuanya manis! INSYALLAH,.. Terima kasih YA ALLAH! ,” tulisnya.
Baru-baru ini dunia hiburan negara seberang dikejutkan dengan pengakuan pelawak popular dan pelakon, Dede Sunandar yang mengambil keputusan kerja di restoran sebagai punca rezeki.Menerusi...