Pelakon dan pelawak, Fad Bocey telah mendedahkan wajah anak keempatnya, Ibrahim Jibriel bersama pengikutnya di Instagram selepas 7 hari dilahirkan.
Sebelum ini, Fad memaklumkan isterinya, Syaheera Rahman selamat melahirkan Jibril pada 20 Oktober lalu.
Menerusi entri berkenaan juga Fad berdoa agar anaknya itu menjadi seorang anak yang soleh.
“bismillahirrahmanirrahim
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
“Assalamualaikum ,saya baby Ibrahim Jibriel .harini hari ke-7 saya dilahirkan .doakan saya menjadi anak yg soleh dan sentiasa di dlm perlindungan Allah swt,” tulisnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.
Foto: Instagram Fad Bocey