Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Banoo Khan Mohd telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Jumaat.
Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“Assalamualaikum, dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Bte Khan Mohd telah pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini turut memaklumkan jenazah ibunya bakal dikebumikan selepas solat Asar.
Ads
“Terima kasih pada semua yang mendoakan. Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas Asar,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga Allahyarham ibu Adi ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
Beberapa hari lalu, pelakon asal Singapura itu memaklumkan tahap kesihatan ibunya berada dalam keadaan kritikal dan harus melalui prosedur hati di hospital.
Berkongsi rangkuman kehidupan menerusi rancangan Couple Talk selama 30 minit, Fynn Jamal dan Tri Hadzir membuat pengakuan eksklusif mengenai kisah hijrah dan kehidupan rumah tangganya.
Ulas Fynn, mereka hanyut dalam tahun-tahun awal perkahwinan seolah-olah tidak mengenal dosa pahala. Malah, minat yang sama terhadap muzik membuatkan kedua-duanya terus hanyut.
“Dulu kami berdua tak sembahyang. Puasa pun setakat tahan lapar. Tahun-tahun awal berkahwin, memang kami hanyut. Kami berdua sukakan muzik dan tiada siapa yang menghalang.
“Kebanyakan isteri ada masalah yang sama, saya nak berubah tapi suami tidak. Waktu mula-mula dulu saya mula solat, saya katakan kepada Tri, dia sepatutnya jadi imam saya.
“Kita tunggu suami untuk berubah sekali namun ianya tak berlaku. Kita tak boleh paksa seseorang untuk dapat hidayah.
“Jadi saya mulakan sendiri, kalau dia nak ikut, ikutlah. Sampai bila nak tunggu. Tapi tak sampai setahun pun, dia mula jadi imam saya. Setiap kali solat dan apabila suami idamkan, terasa butterfly flutter in my heart,” katanya sambil mengesat air mata.
Penyanyi lagu Arjuna Beta ini turut berkongsi kisah menarik pertemuan pertama yang membawa kepada ikatan perkahwinan.
Katanya, Tri tidak seperti lelaki lain yang menggunakan ayat-ayat manis, namun lebih kepada lirik dan frasa unik.
“Ayatnya lebih kepada lirik dan frasa paling saya ingat “aku tak sabar nak pergi ke New Zealand untuk tengok epal berpeluh”. Orang selalu fikir ayat-ayat saya di luar kotak, tapi saya sangat sukakan ayat-ayat Tri. Dan dia tidak gunakan ayat-ayat itu dekat orang lain.
“Waktu itu saya baru sahaja putus cinta selepas setahun setengah menjalinkan hubungan. Saya menangis setiap malam. Pada satu hari, saya balik ke kampung dan peluk ayah. Sebelum tidur, saya berdoa “Ya Allah, aku dah penat dengan semua ini, tolong tutup hati aku. Just buka hatiku untuk lelaki yang betul-betul ingin berkahwin sahaja” sambil tepuk bantal tiga kali.
“Saya wanita yang insecure, saya perlukan lelaki. Setiap kali putus cinta, saya terpaksa cari teman lelaki walaupun dia layan saya teruk.
“Pagi itu saya bangun dengan satu perasaan yang lain. Dan tiba-tiba saya dapat mesej, “aku ingin ke New Zealand.
“Selepas berbual tiga minggu menerusi mesej, dia ajak berjumpa. Bila berjumpa buat kali pertama, dia terus ajak kahwin,” ulasnya menyatakan tidak suka menunjukkan kemesraan bersama suami di laman sosial kerana ianya hanya untuk individu yang ‘insecure’.
Dalam bual bicara ini, wanita berusia 37 tahun ini turut menyelitkan nasihat untuk remaja yang patah hati, ulasnya konsep move on sama seperti Taubat Nasuha.
“Memang mudah untuk berkata-kata, tapi itulah kebenarannya. Untuk move on, just bakar jambatan yang menghubungkan kita dengan perkara itu,” jelasnya panjang lebar.
Foto : Youtube Dopstv
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, Datin Seri Umie Aida ada berkongsi tip istimewa bagi memudahkan menunaikan solat sunat dengan tenang di Raudah.
Jelasnya, apa yang penting, tenaga harus mencukupi dan seelok-eloknya tidur selepas Isyak supaya mampu berjaga ketika jam 12.30 tengah malam.
“Assalammualaikum… me nak kongsi sikit cara masuk raudah dengan mudah.. InsyaAllah.. 1) lepas isyak kena tido.. untuk kumpul energy malam nanti. 2) 12.30 malam pergi masjid utk last group masuk ke raudah. Masa ni masih lagi ramai orang. 3) bila last group dibenarkan masuk.. jangan berebut2 dan berlari2 … tenang2 je. Take ur own sweet time. 4) banyakkan berzikir selawat keatas nabi. 5) tiba di raudah.. masih ramai org kan.. jadi biarkan mereka solat.. you all bole mengaji , zikir & solat tahajud dulu di luar raudah. Dan rasanya dalam pukul 1.20 pintu akan ditutup.
“Masa itulah.. keadaan raudah sangat tenang dan InsyaAllah.. dapat buat beberapa solat yang you all mahukan. Segalanya dengan izinNYA… percaya pada rezeki dari Allah. Saya mendoakan kita semua sentiasa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA. Aamiin… Semoga tips ini dapat membantu jemaah semua. InsyaAllah.. ❤#salamjumaat #raudah #madinah,” kongsinya.
Berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutuskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.
Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.
“Makin banyak kes Covid 5725 (kes baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas vaksin datang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.
“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. Covid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis hospitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Sumber: Instagram Bonda Rozita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!