Penyanyi Zarul Husin mengimbau kembali memori selepas mengambil keputusan berhenti menyanyi pada tahun 1997.
Katanya, ketika itu dia sempat mencari rezeki dengan membantu arwah bapanya menjual apam balik.
Lebih manis, arwah juga yang menggalakkannya untuk mencuba nasib sebagai pramugara.
Tambah Zarul lagi, arwah bapanya risau melihatkan dia tiada pekerjaan tetap dan sanggup membawanya memotong rambut demi temuduga yang bakal dihadapi.
“Dulu tidak pernah terfikir langsung pun nk jadi pramugara, selepas saya berhenti menyanyi dgn Umbrella tahun 1997, saya jual apam balik ngan arwah abah saya (al fatihah) dkt suatu simpang di Puchong.
“Arwah yg galakkan sy pergi interview, yelah bapa mana yg tak risau tengok anak dia xde kerja tetap, siap bwk saya potong rambut saya yg panjang paras bahu masa tu demi temuduga pramugara.
“Alhamdulillah rezeki anak sy .. (dan sedikit tips interview dr customer bapa saya yg merupakan pramugara dan pramugari MH masa tu).
“@malaysiaairlines terima saya jd kakitangan mereka sbg pramugara- selepas 16 tahun saya resign, sekian celoteh subuh hari ni.
“Oh by the way kalau nk tengok kisah kisah pramugari dan pramugara sila lah ke youtube channel saya “Zarul Umbrella”.
“Selamat berpuasa dan stay home #zarulumbrella #bukangadisbiasa #sambalaichik #serundingaichik #pictuszarulhusin,” kongsinya.
Menerusi ruang komen, bekas vokalis Umbrella itu turut menyatakan sebab utama dia berhenti kerjaya di atas awan.
Foto : Instagram Zarul