Pelakon Falisha Crossley berkongsi berita gembira buat peminat apabila memaklumkan dirinya sudah pun selamat melahirkan anak kedua pada 4 Disember lalu.

Falisha atau nama sebenarnya, Nur Falisha Crossley Faisal, 34, turut berkongsi nama, Mohamad Shaqur Mateen selain mendedahkan wajah permata hatinya yang comel itu.

“Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah. Finally after patiently waiting for 40weeks + 2 days-overdue.

“We’re so proud to announce the arrival of our baby boy on last baraqah Friday, 4th December 2020.

“There’s no other words to describe how we feel about having him in our arms except; syukur,” tulis Pelakon Baru Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 itu.

Ads

Jelasnya lagi, bayi lelaki seberat 3.68 kilogram itu dilahirkan pada jam 11.38 pagi.

“And after 8 days he was born, we would love everyone to meet our darling son. Raysha’s little brother and yes, of course our cute bundle of joy.

“Mohamad Shaqur Mateen Bin Mohamad Rafiq. Friday Dec 4th, 2020, 11.38am, 3.68kg,” kongsinya lagi sambil turut menjelaskan makna di sebalik nama bayinya itu.

Ads

Rakan selebriti dan peminat turut tidak lepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah serta dedikasi buat Falisha sekeluarga.

Ads

“Selepas Bersabar Menanti Lebih 40 Minggu…,” – Tahniah! Pelakon Falisha Crossley Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Seberat 3.68kg “Selepas Bersabar Menanti Lebih 40 Minggu…,” – Tahniah! Pelakon Falisha Crossley Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Seberat 3.68kg

Falisha yang pernah membintangi filem Mat Moto mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd. Arif pada Januari 2017 dan mereka telah dikurniakan anak sulung, Nur Raysha Mikhayla yang kini berumur tiga tahun sebelum ini.

“Selepas Bersabar Menanti Lebih 40 Minggu…,” – Tahniah! Pelakon Falisha Crossley Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ Seberat 3.68kg

Foto: Instagram Falisya Crossley

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI