Personaliti media sosial, Andika Putera memilih untuk bekerjasama dengan bekas isteri, Ananda Natasha berkenaan pengurusan anak selepas bercerai pada Disember tahun lalu demi memastikan anak mereka, Alisha Puteri dapat dibesarkan dengan baik dan dalam suasana harmoni.

Andika atau nama lengkap, Muhammad Andika Putera menjalin empat kesepakatan bersama Ananda merangkumi hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi fokus terhadap tumbesaran cahaya mata perempuan mereka itu.

Pertemuan Andika semalam bersama Alisha yang berada dalam giliran penjagaan ibunya, Tasha, turut menggamit kesayuan ketika Andika menghadiah hadiah hari jadi seutas rantai emas “i love papa” kepada anak kecil tersebut.

Andika juga ingin memakaikan cermin mata baru kepada Alisha kerana cermin mata Alisha sebelum ini perlu ditukar di sebabkan pertambahan power cermin mata yang mana penglihatan Alisha sebelum ini kabur sementara menunggu cermin mata disiapkan.

Seperti tradisi sebelum ini, Andika ingin Alisha dapat melihat object pertama, iaitu papa dan mama Alisha berada di hadapan Alisha sewaktu pemakaian cermin mata tersebut dan pandangan Alisha sudah tidak kabur lagi.

Daripada hasil pertemuab Andika & Natasha pada hari tersebut, ada beberapa kerjasama yang telah dipersetujui dengan baik.

Selepas Cerai Semula Disember Lalu, Andika Putera & Ananda Natasha Capai Kata Sepakat Demi Anak Selepas Cerai Semula Disember Lalu, Andika Putera & Ananda Natasha Capai Kata Sepakat Demi Anak

Ads


“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha.

“Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir dengan Tasha (panggilan Ananda) seminggu, Dika (panggilan Andika) seminggu.

“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada
Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.

“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

Ads

Pada masa sama, Andika menjelaskan, dia sudah mengadakan pertemuan dengan Ananda bagi membincangkan mengenai perkara itu secara harmoni.

“Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” jelas Andika.

Sebelum ini, Andika menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda.

Ads

Andika bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.

Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.

“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI