Selepas Drummer Drama Band, Aepul Roza Pula Positif Covid-19 – “Saya Sudah Mula Self-Quarantine, Doakan Kami Sekeluarga.”

Share

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan dirinya kini telah pun disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali yang kedua.

Bagaimanapun, isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Leez Rosli tidak mengalami sebarang simptom dan hasil ujian saringannya pula telah pun didapati negatif.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan, second swab test membawa keputusan positif. @Leezrosli_officialmy negatif,” tulisnya.

Perkhabaran kurang gembira itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Entah Apa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Jelas Aepul lagi, dia sebenarnya telah pun menjalani tempoh kuarantin seorang diri di rumah sejak beberapa hari lalu dan kini sedang menantikan arahan susulan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu, Aepul turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya serta keluarga termasuklah buat anggota kumpulan Drama Band yang lain.

“Saya sudah mula self-quarantine beberapa hari yang lepas dan menantikan SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga.

“Won’t be taking any calls, obviously,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut menitipkan doa semoga Aepul akan segera pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, pemain drum kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan dilaporkan turut telah dijangkiti virus Covid-19 selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat dengan salah seorang pesakit wabak tersebut baru-baru ini.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh isterinya yang juga merupakan penyampai radio, Rea Kool FM.

Sumber: Instagram Faeez Ikhwan & Instagram Aepul Roza

Published by
Aizam Manaf