Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi video pertemuannya dengan isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sambil menikmati makan tengahari bersama-sama.
Video yang kini menerima puluhan ribu tanda suka dikongsi isteri Aliff Aziz ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita yang diraikan hari ini.
Menerusi hantaran sama, Bella turut memberikan dedikasi istimewa buat ibu kepada sepasang cahaya mata itu.
“Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! Shine on… not just today but everyday.
“Especially to my beautiful adik @shushukriii. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pada permulaan video, ia merakamkan Bella yang menghulurkan salam lalu disambut Shuhada yang dilihat menitiskan air mata. Malah Bella juga turut dilihat sebak.
Terdahulu pada minggu lalu, Shuhada yang turut dikenali sebagai Shu menjadi perhatian selepas mendakwa dia ditumbuk dipercayai suami sendiri sehingga mendatangkan kecederaan.
Atas insiden yang berlaku, Shuhada telah membuat laporan polis dan kes berkenaan kini dalam siasatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mas Idayu Tak Akan Beri Komen Apa-Apa Komen Hari Ini,” – Ajai Maklum ‘Mummy’ Diam, Hujung-Hujung…
Juri tetap program Famili Duo, Mas Idayu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen terhadap persembahan para peserta di minggu separuh akhir, malam ini.
Pengumuman itu dimaklumkan rakan juri, Ajai sebelum melontarkan komen terhadap persembahan pertama daripada Siti Saida dan Siti Sairah.
“Saya ada pengumuman di sini. Mas Idayu tidak akan memberikan komen apa-apa pada hari ini.
“Sebab dia risau komen yang diberikan nanti akan disalaherti. Jadi saya menghormati keputusannya,” kata Ajai.
Para penonton yang berada di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagaimanapun dilihat memberikan sokongan kepada penyanyi lagu Robek Hatiku itu.
Malah, Saida dan Sairah turut memujuk Mas Idayu dan mahu mendengar komen daripdanya, namun penyanyi berkenaan hanya tersenyum dan memberikan reaksi ‘bagus’.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila penyanyi Sissy Imann sebak sehingga mengalirkan air mata selepas mendengar komen pedas Mas Idayu, minggu lalu.
Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong menerima respon negatif Mas Idayu.
Sissy yang kehilangan kata-kata sejurus insiden tersebut juga tidak muncul di segmen terakhir program tersebut.
Namun, Mas Idayu akhirnya ‘mengalah’ seterusnya memberikan komen terhadap persembahan kedua yang dijayakan Ayda dan Fyna Jebat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setengah Wanita, Ada Kala Mereka Sering Teragak-Agak…,” – Girl Grup Stellar Tak Mahu Setakat Jadi Penghibur
Setelah hampir setahun membuat persiapan rapi, kumpulan wanita baharu, Stellar akhirnya melakukan debut mereka menerusi single pertama yang berjudul Where You Wanna Go.
Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang.
Menurut salah seorang anggotanya, Farisa, lagu ini sarat dengan mesej untuk menaikkan semangat para wanita agar mereka berasa ‘berkuasa’ bagi menentukan kehidupan mereka sendiri.
“Sesetengah wanita, ada kalanya mereka sering teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan. Rasa ragu-ragu selalu membataskan mereka untuk menjalani kehidupan seharian.
“Jadi, lagu ini secara keseluruhannya mengajar kita untuk sentiasa yakin dengan diri. Antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti ‘Akulah ratu, dan raja sekali’. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik.
“Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk menghadapi apa pun dugaan hidup yang mendatang,” katanya mewakili Stellar.
Dalam pada itu, Stellar turut mendedahkan mereka sudah bersedia daripada segi mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan sama ada mereka bakal disukai atau tidak menerusi single pertama ini.
“Kami memang sudah bersedia dari segi mental. Sejak kami buat keputusan untuk terjun ke dalam industri, kami sudah tahu yang ini merupakan antara cabaran yang harus kami lalui.
“Ahli keluarga kami juga faham dengan situasi ini. Orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja. Komen-komen yang baik kami akan terima. Kalau yang berbaur negatif pula, mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata seorang lagi ahli kumpulan Stellar, Hasya.
Dalam pada itu, Stellar juga menyuarakan keyakinan bahawa mereka juga mampu bersaingan dengan kumpulan-kumpulan wanita lain yang telah terlebih dahulu menempa nama sebelum mereka.
Kami akui kumpulan wanita memang sedang menjadi trend. Mereka juga inspirasi kami. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kami? Saya yakin kumpulan ini boleh pergi jauh.
Kalau orang luar nak banding-bandingkan kami dengan kumpulan lain. Itu terserah mereka. Realitinya kami memang ingin bersaing tetapi secara positif.
“Dulu kami tubuhkan kumpulan ini hanya suka-suka tetapi bila diberikan peluang seperti ini, kami tidak mahu persiakan. Kami berkawan sejak sekolah dan kami seronoknya untuk berjuang bersama-sama,” tambah Farisa lagi.
Sementara itu, tanpa berselindung, Stellar juga mendedahkan mereka mempunyai impian agar nama mereka terus dikenali di seluruh dunia satu hari nanti.
“Jauh disudut hati, saya mahu Stellar dikenali sehingga peringkat global. Saya yakin dengan perkara ini.
“Kami ada memasang impian untuk membuat persembahan di festival muzik popular dunia, Coachella. Tak salah pun nak bemimpi. Ia impian jangka masa panjang kami,” kongsinya Hasya lagi.
Terdahulu, Where You Wanna Go merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Shazee.
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 25 November lalu dan boleh didengari menerusi seluruh platform penstriman muzik.
Manakala muzik video oula sudah boleh ditonton di saluran Youtube Stellar Official VEVO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biar Betul… Netizen Ada Kuasa Tentukan ‘Plot Twist’ Drama ‘Mis Tres Hermanas’ Malaysia, Lihat 9 Trivia Yang Korang Perlu Tahu!
Drama bersiri terbaru, Hati Yang Dikhianati terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi melayu daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol, ‘Mis Tres Hermanas’.
Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.
Karya ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini diarahkan oleh Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam-Noor serta ramai lagi.
Tampil dengan format berbeza berbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinya struktur naratif penceritaan dan pembinaan watak naskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep model interaktif terbuka atau ‘open-ended’ yang dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa.
Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.
Drama Hati Yang Dikhianati bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 lalu di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima, pihaknya kali ini memberi ruang kepada penonton untuk menentukan ‘plot tsiwt’ yang diinginkan.
“Seperti yang umum ketahui, trend pembikinan drama dan kecenderunganaudiens sering berubah mengikut peredaranmasa. Oleh itu, Astro selaku pembekal kandungan utama di Malaysia memainkan peranan besar untuk menyumbang kepada perkembangan karya kreatif tanah air.
“Sebelum ini, kami merupakan antara perintis awal yang mengangkat format adaptasi naskhah novel popular dan karya antarabangsa ke versi drama Melayu. Walaupun mengundang perdebatan yang hangat di kalangan peminat dan pembikin drama pada awal format tersebut diperkenalkan, namun ternyata keberkesanannya sudahpun terbukti menerusi puluhan drama yang telah kami terbitkan sebelum ini.
“Terbaharu, kami ingin mengorak langkah terus ke hadapan untuk melakar sejarah baharu dengan memperkenalkan format interaktif ‘open-ended’ menerusi drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’. Menerusi format ini, kami memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan yang mereka mahukan untuk drama ini.
“Sesebuah watak boleh berkembang atau dimatikan mengikut kecenderungan audiens. Begitu juga dengan jalan penceritaan secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, Norzeha turut menjelaskan panel perunding khas yang berpengalaman telah dilantik untuk membuat penilaian semasa berdasarkan rekod jumlah tontonan serta maklum balas yang diterima daripada audiens.
“Kami juga tidak menetapkan sebarang episod khusus untuk drama ini kerana ia juga turut bergantung kepada data dan maklumat yang akan diproses oleh panel perunding kelak.
“Format sebegini mungkin agak baru untuk masyarakat Malaysia. Namun, ia sebenarnya sudah popular dan sering diguna pakai oleh ramai ‘content creator’ di luar negara. Antara naskhah terkenal antarabangsa yang memberi inspirasi kepada kami untuk berkarya termasuklah ‘Hollyoaks’ dan ‘Eastenders’ terbitan BBC serta ‘General Hospital’terbitan ABC.
“Ketiga-tiga naskhah tersebut sudahpun mempunyai ribuan episod dan masih lagi ditayangkan sehingga kini. Mengikut rekod juga, ramai bintang-bintang telah dilahirkan menerusi penerbitan naskhah ini.
“Kemunculan media baharu telah mengubah cara audiens menikmati sesebuah kandungan pada era digital ini. Mereka juga lebih ekspresif dan mempunyai idea tersendiri yang ingin kami raikan bersama. Walaupun ini merupakan sebuah taruhan yang berani, namun kami yakin format ini akan disambut baik oleh penggemar drama Melayu yang mahukan kelainan,” katanya lagi.
Menarik, kami kongsikan juga antara trivia drama bersiri yang diharapkan mampu mengulangi fenomena sebagaimana naskhah asalnya ini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI