Selepas Keguguran Rafidah Ibrahim ‘Update’ Keadaan Terkini – “Semalam Genap 2 Minggu Pantang…”

Share

Selepas dua minggu mengalami keguguran, penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih buat suami Shahzemir Shahzulkarib yang banyak membantu sepanjang tempoh pantang.

Rafidah atau sinonim disapa Fida memuat naik foto serta perkembangan dirinya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.

“Alhamdulillah terima kasih En Suami yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.

“Banyak perkara yang kami tak tau dan sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.

“Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara. Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yg tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.

“Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. *gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang,” tulisnya panjang lebar.

Untuk rekod, Rafidah, 37, sah bergelar isteri dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37 pada 5 Mei lalu.

Pada 14 November lalu, Rafidah memaklumkan telah mengalami keguguran cahaya mata sulungnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nazar Rafiqhi