Jika sebelum ini pemilik kedai burger dan colek telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 gara-gara beroperasi melebihi had masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasakan di negeri Kelantan, kini giliran pengusaha kedai runcit pula menerima nasib yang sama.
Memetik laporan Harian Metro, Mansah Marjurin, 47, telah dikompaun pada Ahad lalu selepas premisnya didatangi empat anggota polis.
Jelas Mansah, pada ketika itu, kedainya itu telah pun ditutup dan hanya pintu kecil sahaja yang dibiarkan tidak berkunci kerana ada saudaranya yang datang berkunjung.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut mendedahkan dia sememangnya tiada kemampuan untuk membayar kompaun tersebut kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.
“Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.
Ads
“Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.
“Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Mansah turut meluahkan dia berasa sangat terkejut selepas melihat jumlah kompaun yang dikenakan memandangkan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit manakala isteri pula tidak bekerja.
Ads
“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.
“Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti,” katanya lagi.
Ads
Semalam, media ada melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.
Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.
“Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dipetik.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda menghargai usaha para perkerja penghantar makanan dikala musim pendemik Covid-19 ini, penyanyi dan chef celebriti, Datuk Fazley Yaakob ada memperkenalkan inisiatifnya sendiri.
Menurut Fazley, para pekerja penghantar makanan diberi pilihan untuk memilih mana-mana ganjaran yang telah disediakan di restoran miliknya.
Abang/adik Rider ,
Jemputlah ambil 1 sampul sebagai tanda Tkasih:
1.Duit Tips
ATAU
1.Voucher makan di Minangkapau
Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan
“Abang/adik Rider, jemputlah ambil 1 sampul sebagai tanda terima kasih. Duit tips atau voucher makan di Minangkapau
“Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan
“Salam sayang, Dato’ Fazley Yaakob,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dibuat penyanyi lagu Bila April itu menerusi sebuah video berdurasi 59 saat yang dikongsikan di akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Fazley turut menitipkan pesan supaya mereka sentiasa menjaga keselamatan sewaktu menjalankan tugas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Fazley itu selain turut mendoakan semoga dia sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Twitter Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jangan salah sangka dengan menyatakan penyanyi hebat ini kejam orangnya, dia bukanlah menghantar ibunya, Patricia Carey, ke pusat jagaan orang tua yang biasa. Sebaliknya, pusat jagaan orang tua tersebut merupakan sebuah pusat jagaan bertaraf lima bintang lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang terletak di West Palm Beach, Florida.
Memetik laporan The New York Post, pusat jagaan tersebut menelan belanja bayaran bulanan sebanyak USD 5’400 atau kira-kira RM22,000. Bayaran tersebut merangkumi sarapan dan makan malam termasuklah pelbagai aktiviti seperti kelas senaman, kolam renang, pengangkutan dan juga khidmat pembersihan bilik mingguan.
Berusia 84 tahun, ibu kepada penyanyi lagu My All ini sudah terlalu tua untuk menguruskan rumahnya sendiri. Setelah menghantar ibunya ke pusat jagaan tersebut, rumah yang selama ini diduduki ibunya terbiar begitu sahaja tanpa jagaan. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk menjualnya.
Menurut laporan The New York Post lagi, rumah tersebut dibeli oleh Mariah Carey pada tahun 1994 untuk ibunya pada harga USD419’000. Terletak di North Salem, New York rumah itu telah pun mempunyai pembeli selepas tiga minggu disenaraikan untuk jualan pada Julai lalu.
Terjual pada harga USD757’444 lebih USD250’000 berbanding harga asal. Rumah bersaiz sederhana itu memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air.
Tindakan Mariah menghantar ibunya ke pusat penjagaan jauh dari rumahnya bersebab.
Ini bukanlah perkara baharu, menurut sumber hubungan ibu dan anak ini renggang sejak tahun 2001 apabila ibunya menelefon 911 selepas Carey didakwa mengalami kesihatan mental ketika jelajah promo untuk filem “Glitter.” Namun begitu dia tidak mengabaikan tanggung jawab sebagai anak dalam menyediakan keperluan kepada ibunya.
Selain itu hubungan di antara Mariah Carey dan keluarganya lebih tegang apabila kakak dan abangnya bertindak menyaman diva tersebut ekoran penerbitan buku memoir ‘The Meaning of Mariah Carey’. Dalam laporan The Guardian, mereka menyatakan kandungan yang ditulis di dalam buku tersebut tidak benar dan berunsur fitnah sehingga menyebabkan tekanan emosi.
Dalam satu temubual bersama Oprah Winfrey sejurus pelancaran bukunya itu, penyanyi tersebut menyatakan yang dia tidak akan bertindak begitu jika bukan disebabkan keluarganya. Ucap ibu kepada dua cahaya mata ini, “Saya tidak akan ke bertindak begitu sekiranya saya tidak dilayan seperti mesin ATM yang memakai rambut palsu.”
Pelakon, Atikah Suhaime akui pelik dengan tanggapan segelintir pihak yang kerap menegur wajah dan penampilannya yang dikatakan kelihatan tampak muda.
Menurut Atiqah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, perkara tersebut tidak sepatutnya diperkatakan memandangkan usianya sememangnya masih lagi muda.