
Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei berjaya melangkah masuk ke peringkat akhir Terbuka China 2024 apabila mengalahkan pasangan beregu lelaki Indonesia dalam saingan separuh akhir sebentar tadi.
Bertempat di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik, Changzhou, Izzudin dan Sze Fei mengalahkan Shohibul Fikri dan Daniel Martin dengan pungutan mata 21-14, 24-22 dalam masa hanya 42 minit sahaja.
Kemenangan pasangan beregu ini amat bermakna kerana mereka baru sahaja memenangi Terbuka Jepun pada bulan lalu.
Meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi pada 1 September lalu, kini mereka bergerak secara profesional.
Esok, Izzuddin dan Sze Fei bakal menentang sama ada pasangan beregu China, He Ji Ting – Ren Xiang Yu atau pasangan beregu senegara Ong Yew Sin – Teoh Ee Yi yang bakal berentap malam ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber foto: EPA Images pic
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mulai Detik Ini Aku Udah Ngak Sama Sarah Lagi,” – Duda Pada Usia 22 Tahun, Tegar Septian Umum Cerai

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sarah Sheilka.
Perkara tersebut diimaklumkan bintang berusia 22 tahun itu menerusi beberapa hantaran di Insta Story, petang Selasa.
Di dalam pendedahan yang dibuat Tegar, bekas peserta Big Stage 2022 itu antara lain menjelaskan dia sudah lagi bersama Sarah selain alami depresi akibat sukar mencari wang sehingga menyebabkannya kurus.
“Aku sudah tidak bersama Sarah lagi. Aku sudah terlalu penat.
“Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini,” tulisnya.
Tegar menambah, dia dan isteri tampak romantis dalam media sosial, namun, hakikatnya ramai tidak tahu akan kerunsingan yang dilalui.
“Dan maaf juga aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal.
“Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi.
“Aku memilih untuk hidup baharu dan bermula dari kosong,” luah Tegar yang kini banyak berada di rumah.
“Dan kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah sahaja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah.
“Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pasangan muda itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian, dua tahun.
Tegar bagaimana pun tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka berakhir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Orang Asli Menang Miss Universe Canada 2024

Ashley Callingbull-Burnham, 34, berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Canada 2024 dalam acara gemilang yang berlangsung di Capitol Theathre, Ontario.
Berjaya mengalahkan 59 lagi peserta lain yang turut memburu mahkota bermakan itu, Ashley mencipta sejarah sebagai peserta berketurunan orang Asli pertama yang bergelar juara.
Dalam satu hantaran menerusi Instagram Miss Universe Canada. Kemenangan Ashley dianggap sebagai satu momen yang menyaksikan sambutan terhadap kepelbagaian dan kekayaan budaya di Kanada.
Selain itu, ia turut menjadi satu pembakar sebagai kepada komuniti wanita dan gadis orang Asli untuk berani tampil ke hadapan sekaligus membuktikan bahawa warisan yang mereka miliki merupakan satu sumber kekuatan dan kebanggaan di peringkat global.
Meninjau ke Instagram peribadi Ashley, wanita anggun ini mendedikasikan satu hantaran usai kemenangannya.
“Ini merupakan satu perasaan yang paling menakjubkan. Saya mengejar Impian ini bertahun lamanya dan saya masih terkesima ia menjadi kenyataan.
BACA JUGA: Pelajar Kejuruteraan Awam Dinobat Sebagai Miss World Philippines 2024. Cantik & Bijak!
“Seorang perempuan yang berasal dari Rez akan mewakili Enoch Cree Nation, Treaty 6, masyarakat orang Asli dan seluruh warga Kanada di pentas Miss Universe.
“Perwakilan sangat penting kerana seorang dari kita menang, kita semua menang. Anak-anak Rez sememangnya boleh melakukan apa sahaja. Kemenangan ini untuk semua pemimpi di luar sana,” ujarnya panjang lebar.
Selain menjadi peserta berketurunan orang Asli pertama memenangi pertandingan berprestij ini. Ashley yang juga merupakan seorang pelakon, model dan pengacara merupakan peserta tertua yang pernah bergelar Miss Universe Canada.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Time Tu Tengah Struggle, Tiada Kerja & Gaji Tetap,”- Hampir Dapat 4 Flat, Deen Puas Hati Raih Keputusan Cemerlang

Pengacara dan penyampai radio, Deen akui berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang didudukinya pada semester lepas meskipun harus berdepan dengan pelbagai cabaran.
Menurun Deen yang kini sedang melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana dalam jurusan Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia, segala penat lelahnya disifatkan amat berbaloi selepas dia memperoleh gred A untuk kesemua matapelajaran yang diambilnya.
“Alhamdulillah! Baru dapat result yang awesome untuk semester lepas(slide left). Walaupun time tu tengah struggle takde keje tetap, takde gaji tetap,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, meskipun pada ketika itu dia tidak memliki pekerjaan dan gaji yang tetap, namun dugaan tersebut tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus didalam pengajiannya.
Jelas bekas penyampai radio, Hot FM ini lagi, pencapaian yang membanggakan ini secara tidak langsung telah menaikkan semangatnya untuk terus bekerja kerasa pada semester-semester yang akan datang.
“Tapi tetap gigih habiskan study sem lepas. Berbaloi rabak mata dan rabak otak buat assignment yang berlambak
“Looking forward for my next sem. Thank you mommeh and Leia,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Deen akan terus sukses pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, Tahniah Deen. Pandainya awak. Akak tumpang bangga.
“You’re an inspiration brother.
“Congrats. Padu tu 3.9. Next sem 4 flat.
“Alhamdulillah syukur, congratulations Deen.
“Tahniah and excellent result Deen,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM selepas khidmatnya ditamatkan pada Julai tahun lalu.
Sekadar informasi, Deen telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Siti Nur Warda Aminuddin pada Disember 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Leia Zarra yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Deen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI