
Selepas menjadi antara individu terawal yang menginap di villa bawah air, The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island Oktober tahun lalu, Neelofa sekali lagi diberi kesempatan secara eksklusif untuk mengisi masa di resort mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi pula.
Difahamkan, hos MeleTOP dan usahawan ini menjadi antara individu terawal yang menginap di lokasi serba mewah itu selama 5 hari 4 malam selepas dijemput khas bagi menjayakan suatu projek istimewa.
Ketika pelancaran resort tersebut, Neelofa dikatakan turut diperkenal dengan pemilik resort, H.E. Sultan Al Humairi minggu lalu.
Menyediakan layanan kelas pertama, resort berkenaan menjadi antara lokasi menarik terkini yang serba eksklusif di Abu Dhabi.
Jom tatap beberapa foto Neelofa saat menginap di resort berkenaan.
Foto: Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejurus Pusingan Pertama, Saya Ke Bawah Dan Tak Tonton Persembahan Lainnya,” – Neeta Sukses Raih Markah Tertinggi Juri

Pemenang tempat kedua Big Stage 2019, Neeta Manishaa terharu serta menerima dengan hati terbuka keputusan malam final program realiti berkeaan yang telah bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Akur dengan berbezaan markah dari segi undian peminat, bintang berusia 26 tahun ini bagaimanapun turut memuji persembahan serta kredibiliti sang juaranya, Han-Byul.
Neeta berkata demikian kepada MH sejurus sidang media usai malam kemuncak.
“Apabila tinggal nama saya dan Han-Byul sahaja yang belum diumumkan, saya sudah tidak kisah mendapat kedudukan mana sekalipun. Ini kerana, saya pernah menduduki tempat kedua dari segi undian peminat sehinggalah pada tahap sekarang, sudah rasa sangat bersyukur.
“Sekurang-kurangnya saya mendapat tempat kedua cuma yang paling penting, saya puas dengan dua persembahan yang sudah dijayakan. Apa sahaja keputusannya selepas itu, saya berserah,” katanya optimis.
Ditanya apa reaksi apabila para juri profesional sepakat memberikannya markah paling tinggi berbanding empat saingan lainnya, Neeta mengakui bukan perkara mudah untuk menjadi peserta paling awal membuat persembahan.
“Saya antara yang membuat persembahan terawal dan saya memang fobia bila berdepan situasi sedemikian. Kiranya peserta pertama yang membuat persembahan kena setkan satu standard tersendiri.
“Jadi dengan pemarkahan dari pihak juri profesional, kiranya saya sudah set standard sendiri. Malah, ketika sesi raptai pun, masing-masing memberikan persembahan yang baik dan ‘power’.
“Lebih baik untuk saya fikirkan mengenai persembahan yang kedua pula. Sejurus selesai pusingan pertama, saya ke bawah dan tak tonton persembahan lainnya untuk fokus pada diri sendiri,” kata Neeta yang turut berbangga atas kemenangan peserta Korea Selatan itu.
Atas kemenangan yang diraih, Neeta membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta sebuah trofi.
Lebih bermakna, Neeta turut dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu ketujuh Big Stage 2019 buat kali yang ketiga.
“Saya berharap peminat bangga dengan pencapaian saya sebab ada juga yang anggap saya seperti ‘wakil Malaysia’ di Big Stage.
“Meski saya tak berjaya rangkul gelaran juara, tetapi saya tetap berharap agar ada sesuatu yang boleh dibanggakan.
“Pada masa sama, saya berharap agar apa yang telah saya berikan sepaniang minggu itu mampu gembirakan hati semua,” terang Neeta jujur.
Dalam saingan akhir, Neeta mengumpul markah sebanyak 60.90 peratus dari pihak juri sementara Han-Byul di kedudukan kedua dengan 60.67 peratus.
Bagaimanapun, undian online yang melibatkan 30 peratus markah secara keseluruhan berpihak kepada Han-Byul sekaligus bergelar juara musim kedua.
Sementara itu, Adzrin mendapat tempat ketiga sementara Irfan Haris dan Dinda Permata masing-masing diumumkan sebagai pemenang keempat dan kelima.
Final Big Stage 2019 yang dipancarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD, menyaksikan Misha Omar sebagai juri jemputan sementara Datuk Seri Siti Nurhaliza san Cakea Khan berada di posisi juri tetap.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Allah Memberi Kepercayaan Untuk Saya Menjadi Seorang Ayah,” – Tegar Umum Isteri Sedang Hamil, Bakal Bergelar Bapa Muda!

Bintang remaja Indonesia, Tegar mengumumkan berita gembira yang isterinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi satu posting terkini di Instagram miliknya.
Tegar yang kini berusia 19 telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang juga bintang YouTube, Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu.
“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah.
“Di bulan Ramadhan tahun ini Tegar di temenin istri dan alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang Ayah,” tulisnya pada foto dirinya sedang memegang alat ujian kehamilan.
Malah isterinya turut berkongsi foto serupa di Instagram sambil menyifatkan ia rezeki dariNya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, Tegar menerima ratusan komen yang menzahirkan ucapan tahniah buatnya dan isteri.
Terdahulu, nama Tegar mula dikenali ketika usianya 11 tahun selepas kemerduan suaranya sebagai penyanyi jalan menjadi tular, termasuk di negara ini.
Foto: Instagram Tegar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Yang Gaji RM1,200 Sebulan, Dengan Awak Job Sehari RM1,000…,” – Kaka Azraff

Penyanyi terkenal, Kaka Azraff ada memberikan reaksi mengenai individu yang mempunyai pendapatan yang berbeza-beza.
Menurutnya, individu yang meraih pendapat harian berbanding mereka yang meraih gaji secara bulanan lebih baik tidak perlu berkata apa-apa.
Orang yang gaji rm1200 sebulan, dengan awak job sehari rm1000… diam, dont say anything ok 🤫
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) March 29, 2020
“Orang yang gaji rm1200 sebulan, dengan awak job sehari rm1000… diam, dont say anything ok,” tulisnya ringkas.
Reaksi tersebut dikongsikan melalui laman Twitter miliknya.
Ciapan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik mengenai perkata yang dibangkitkan.
Dalam pada itu, status berkenaan sehingga kini meraih lebih 15,000 retweet bersama ratusan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai berhubung kenyataan yang dikongsikan inu kepada seorang cahaya mata ini.
Terdahulu, Kaka menerusi platform sama juga ada berkongsi beberapa status terkait.
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) March 29, 2020
Ingat! bila rasa hidup tu susah, ada orang yang hidup dia lagi susah dari kita. Done bebel. Stay safe okay, duduk rumah, buat benda berfaedah, jangan forward fake news. Terima kasih dan selamat berjuang frontliners dan ketua rumah ❤️
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) March 29, 2020
Mcm mana lah nasib anak2 yang mangsa dera? Parents/penjaga yang kaki dera dalam diam ni. Selalunya dekat sekolah, rumah kawan lah tempat selamat diaorg 😔 semoga Allah lindungi kamu semua ❤️
— Kaka Azraff (@KakaAzraff) March 29, 2020
Foto: Instagram Kaka Azraff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI