Berita

“Selepas Migrate Ke Australia…,” – Banglo Dua Tingkat Sajat Kena Lelong Bank RM4.68 Juta!

Share

Rumah banglo milik usahawan sensasi, Muhammad  Sajjat Kamaruz Zaman atau Nur Sajat akan dilelong dengan harga RM4.68 juta.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran seorang ejen hartanah, pada Khamis.

Difahamkan, kediaman mewah dua tingkat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya itu akan mula dilelong pada 13 Mei depan. 


“Selepas migrate ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta lebih. Boleh tengok video di komen.

“Sekarang, rumah ini dilelong bank pada harga RM4.68 juta sahaja,” tulis ejen terbabit. 

Hantaran berkenan sehingga kini menerima ratusan komen warganet disusuli dengan lebih 2,000 tanda suka. 

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH