Pelakon Raysha Rizrose mendedahkan dia masih belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Uqasha Senrose berkahwin 5 November lalu.
Menurut Raysha, dia tidak menafikan selepas dua kakaknya iaitu Nelydia dan Uqasha masing-masing sudah bergelar isteri, ramai yang menunggu hari bahagianya.
Peminat mengetahui, Juara Dewi Remaja 2015 ini merupakan kekasih kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.
“Tekanan itu pasti wujud, tapi apabila orang tanya saya anggap ia satu doa. Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini.
“Saya tak nak terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Keutamaan saya sekarang adalah kepada kerjaya dan keluarga,” katanya.
Tambahnya lagi, meski hubungannya bersama Nabil sudah lama terjalin namun dia tidak bimbang sekiranya hubungan terbabit tidak kesampaian atau berdepan sebarang dugaan.
“Sejujurnya tiada langsung perasaan itu sebab saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan dia, ia pasti akan berlaku.
“Kalau ada jodoh adalah. Saya percaya dengan waktu tepat yang Allah sudah rancang untuk kami berdua. Insha-Allah apabila waktu itu sudah tiba, saya dengan gembiranya akan kongsikan kepada semua,” katanya lagi, memetik Harian Metro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Raysha Rizrose