Penyanyi, Tomok ada memuat naik satu rakaman video pendek, mengenang kembali detik ketika dirinya menyertai program realiti One In A Million musim ke-3 pada tahun 2009.
Menurut Tomok, program tersebut boleh diibaratkan sebagai peluang kedua baginya untuk bertapak semula dalam bidang seni selepas bersama New Boyz.
“Inilah yang dikatakan peluang kedua untuk saya.
“Selepas new boyz, inilah dia.
“Walaupun ianya sudah 11 tahun berlalu, saya masih nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengundi saya setiap minggu,” tulisnya.
Tambah Tomok yang juga merupakan juara program berkenaan, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuklah para peminat dan kru produksi yang telah menyokongnya tanpa henti sepanjang program tersebut berlansung.
“Yang datang menyaksikan persembahan di Sri Pentas 2 sehingga di Stadium Melawati Shah Alam dan yang menonton di rumah, terima kasih.
“Buat kawan-kawan yang sama-sama berjuang semoga sihat-sihat sentiasa.
“Buat team produksi OIAM terima kasih atas tunjuk ajar kepada saya
“Terima kasih malaysia jadikan saya juara untuk ONE IN A MILLION,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut mengenang kembali saat menonton program tersebut malah stail rambut Tomok yang menjadi trend pada ketika itu turut diperkatakan semula.
One In A Million merupakan antara program realiti nyanyian terbesar negara yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 1 juta buat peserta yang bergelar juara.
Sumber: Instagram Tomok