Pelakon, Betty Rahmat mendedahkan dia dan suami sudah selesa untuk melakukan kerja-kerja rumah bersama selepas ketiadaan pembantu rumah sejak awal bulan lalu.

Menurut Betty, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana sebelum ini ada juga beberapa kerja rumah yang telah dia lakukannya secara sendiri.

Selepas Pembantu, Betty Rahmat Seronok Buat Kerja Rumah Dengan Suami

“My world. My bestfriends. My everything
Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.

“Nasib baiklah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah,” tulisnya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Betty turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya juga sangat ringan tulah dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah.

“The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.

Ads

“We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Betty menjelaskan dia tetap akan mencari pembantu rumah bila tiba masanya nanti.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan suami isteri tersebut selain turut mendoakan semoga urusan mereka sentiasa dipermudahkan.

Selepas Pembantu, Betty Rahmat Seronok Buat Kerja Rumah Dengan Suami Selepas Pembantu, Betty Rahmat Seronok Buat Kerja Rumah Dengan Suami

Terdahulu, pembantu rumah Betty dikatakan telah melarikan diri tanpa pengetahuannya untuk pulang semula ke kampung halaman.

Sumber: Instagram Betty Rahmat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI