Demi melindungi diri daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19), chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob terpaksa ‘berpisah’ dan menjauhkan diri dari anak-anak dan isterinya.
Hal ini kerana Fazley baru sahaja pulang ke Singapura atas urusan kerja.
Setibanya di tanah air, Fazley berkongsi video yang memaparkan momen sayu apabila anak-anaknya menagis kerana ‘dilarang’ mendekati dan memeluk si bapa.
“Sedih sangat. Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari.
“Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!”
“Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih.
“Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya..
“Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!,” tulisnya.
Difahamkan, Fazley kini duduk berasingan dengan keluarga kerana mahu kuarantin dirinya selama 14 hari.
Malah, bapa kepada empat orang anak itu reda untuk berpisah buat sementara waktu bersama isteri dan anak-anaknya.
Video : Instagram Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI