Selepas Putus Tunang, Aishah Azman Mengaku Ada Yang Mahu Berkenalan

Share

Seperti sedia maklum, pelakon Aishah Azman pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Syafie Naswip pada 7 April lalu.

Bagaimanapun, hubungan tersebut telah berakhir selepas 3 bulan ikatan pertunangan tersebut terjalin.

Lalu, aktres berusia 25 tahun ini berkongsi kisah kehidupannya selepas hubungan pertunangan tersebut berakhir.

“Alhamdulillah semuanya bertambah lebih baik dan kehidupan saya semakin bertambah baik setelah kembali solo.

“Malah, rezeki saya tak terhenti sampai di situ, ada sahaja rezeki yang tak putus-putus. Aishah lebih gembira sekarang, alhamdulillah.

“Aishah tak sedih pun apa yang berlaku dan saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang berlaku,” luah Aishah.

Selain itu, pelakon kelahiran negeri Kelantan ini memaklumkan bahawa dirinya kini mahu fokuskan kepada karier dunia lakonan.

Pada masa sama, Aishah akui ada juga segelintir individu yang mahu cuba berkenalan dengan dirinya selepas hubungan pertunangan tersebut berakhir.

“Untuk ketika ini, Aishah tak fikir lagi untuk kearah percintaan sebab Aishah lebih fokuskan kepada kerjaya dan juga karier. Masa terdekat ni tak nak fikir lagi pasal percintaan.

“Ada yang cuba untuk berkenalan tapi sebab kita dah fikir untuk fokus kepada karier tambahan pula Aishah masih lagi baru dalam industri.

“Jadi Aishah tak fikir sangat pasal percintaan,” katanya kepada MH.

Sekadar informasi, Aishah ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Nazim Othman, Ernie Zakri, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Suri Katriana bakal menemui penonton di saluran Astro Prima & Prima HD pada 30 Oktober depan.

Published by
Nazar Rafiqhi