Selepas Seminggu Beraya, Elfira Hitung Detik Lahirkan Zuriat Kedua – “Now Dah Ready Nak Bersalin…”

Share

Pelakon, Elfira Loy menyatakan rasa gembira apabila berkesempatan menyambut raya tahun ini meski sedang sarat hamil meniti hari melahirkan zuriat keduanya tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun ini berkongsi hal tersebut menerusi beberapa perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya.

“Seronoknya tengok orang masih syok beraya pakai baju raya. Next year nak raya puas puas.

“This year kita Raya atas katil jelah rest menunggu hari bila baby princess nak keluar. Semalam macam dah mimpi . Tapi tak tahu lah bila dia nak keluar,” tulisnya.

Pada masa sama, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy berasa teruja dan sudah bersedia menanti saat cahaya mata keduanya itu dilahirkan.

“Mommy’s tummy is happy already dapat dengdeng & lodeh semalam now dah ready nak bersalin,” tulisnya lagi menerusi hantaran yang lain.

Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Sebelum ini, Elfira juga pernah mendedahkan bahawa dia bakal bersalin bayi perempuan sekitar awal bulan Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Elfira Loy

Published by
Nazar Rafiqhi