Selepas Seminggu, Temberang Ayda Jebat Kekal Trending Nombor Satu!

Share

Selepas Seminggu dilancarkan, muzik video Temberang daripada Ayda Jebat Masih menduduki senarai trending pertama Di YouTube Malaysia!

Mula viral sejak Ahad minggu lalu, lagu hasil kolaborasi antara Hael Husaini, Ezra Kong dan Ayda sendiri itu mencetuskan fenomena tersendiri, sekali gus menjadi buah mulut ramai.

“Alhamdulillah, sejujurnya saya masih speechless. Saya sendiri tak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik selepas mendengar lagu Temberang dan menonton muzik video terbabit.

“Saya sangat bersyukur dan berharap ini bakal menjadi permulaan yang baik untuk membuka 2019,” kata Ayda.

Terdahulu, Temberang dilancarkan di saluran YouTube milik Ayda pada jam 9 malam, 21 Disember lalu.

Mengulas mengenai perancangan tahun baru, penyanyi lagu Pencuri Hati ini dan Mata ini mahu memberikan fokus untuk menghasilkan produk berkualiti.

“Peminat merupakan keutamaan saya, jadi saya akan memberikan usaha 100 peratus dalam menghasilkan produk berkualiti agar peminat berpuas hati.

“Selain bidang lakonan dan nyanyian, saya juga akan memberikan fokus kepada perniagaan saya yang baru sahaja dimulakan.

“Layari laman Instagram @sassu.my bagi mengetahui informasi lanjut mengenai perniagaan apa yang sedang saya usahakan,” kongsi Ayda lagi.

Setakat ini, muzik video Temberang mendapat hampir 2.7 juta tontonan serta hampir 70,000 tanda suka.

Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon, JC Chee dan Sean Lje.

Lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua platform digital bermula 28 Disember lalu. Tahniah Ayda!

Published by
Rafiq Mazlan