Berita

Selepas Setahun Meninggal Dunia, Punca Kematian Sinead O’Connor Kini Diketahui

Share

Kematian Sinead O’ Connor ketika berusia 56 tahun pada 26 Julai 2023 mengejutkan ramai pihak.

Ketika itu, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya yang terletak di kota London sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Kini lebih setahun berlalu, punca kematiannya dikongsikan kepada umum.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nothing Compares 2 U itu meninggal dunia disebabkan penyakit pulmonari obstruktif kronik dan asma.

Selain itu, dinyatakan masalah jangkitan dalam saluran penafasan yang dialami menjadi salah satu punca utama kematiannya.

BACA JUGA: Jasad Sinead O’Connor Disemadikan Secara Islam Di Perkuburan Kristian Katolik

Sebelum ini, selepas proses autopsi dijalankan, pihak berkuasa sekadar menyebut bahawa penyanyi popular itu meninggal dunia secara alami.

Sinead O’Connor memeluk Islam pada tahun 2018 dan menggunakan nama Shuhada Sadaqat. Ketika itu dia dilihat selesa mengenakan hijab biarpun ketika mengadakan persembahan.

Imbas kembali, ratusan peminatnya berkumpul dalam perarakan untuk memberi penghormatan terakhir pada upacara pengebumiannya yang berlangsung pada 8 Ogos 2023.

Jenazahnya dikebumikan secara pengebumian Islam di tanah perkuburan Kristian Katolik yang terletak di kampungnya yang terletak di Ireland.

Upacara pengebumian penyanyi terkenal itu diketuai sendiri oleh ulama Islam dan imam terkemuka Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Presiden Ireland.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

Published by
Fiezreen