
Beg tangan wanita dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan, di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.
“Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.
Pada hari sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dua Benda Ni Paling Penting Sebab..” – Riena Diana

Isi Kandungan
ToggleUmum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama MH ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Rahsia Solekan ‘On Point’ Meski Dibakar Terik Mentari!
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Riena Diana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Drama Nak Heroin Usia 25 Tahun Atau Lebih Muda, Saya Mungkin Tak Layak. Namun…,” – Hampir Meniti Usia 50 Tahun & Jadi Heroin, Che Ta Beri Jawapan

Meski menghampiri usia 50 tahun, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan untuk membuktikan dirinya masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.
Bagaimanapun, dia yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.
Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.
Beberapa bulan lalu, Che Ta turut diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar dan terlibat dalam telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative baru-baru ini sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.
Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.
“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimilik.
“Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi watak penting,” katanya.
Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.
“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.
“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.
“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.
Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Warisi Kecantikan Maknya,” – Erra Fazira Kongsi Foto Famili, Ramai Terkejut Lihat Wajah Terkini Ibu Primadona Ini

Siapa sahaja yang tidak mengenali primadona Erra Fazira yang sering menjadi perhatian peminat.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya sempena raya.
“Selamat Hari Raya dari keluarga kecil kami.. mohon ampun maaf atas segala salah silap saya dan keluarga.
“Yeayyyy bukan senang dapat bergambar dengan mak saya.. dia pemalu sikit utk bergambar.. tapi sbb anak cucu paksa.. akhirnya dia akur.
“Mak, mak lawa laaaa .. awet mudo tauuu.. jgn la malu bergambar.. LOVE YOU MAK!! Yang lelaki tu.. adik saya yang punnnnnn pemalu gak orgnya.. belum tawen lagi, tapi rasanya mcm dah ada awek dah.. dok melekattt dgn hp.. ada la tewww!! LOVE YOU ABANG!
“My Aleesya n my Muti.. .
“hehee.. perlu kenalkan lagi ke? siapa yg selalu follow saya, mesti tahu kann.
“Si tecik tu.. my one and only daughter.. penyeri hidupku.. amanah dan anugerah terhebatku.. Love you to the moon and back shayang mom!,” tulisnya memperkenalkan famili.
Di samping itu, pelakon berusia 45 tahun itu turut meluahkan rasa penghargaan kepada pembantunya yang bernama Muti kerana telah banyak berjasa kepada keluarganya.
“Muti pulak.. haaaa ni org paling kuat .. kdg2 macam mak tiri pun yer jugak..Banyak jasa Muti kepada saya ~ dari Aleesya belum lahir sampai la sekarang.
“Terima kasih Muti kerana menjadi sebahagian dalam keluarga kami.. sayang muti ku seorang ini,” kongsi Erra lagi.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Dalam ramai yang memberikan komen, ada juga peminat yang turut memuji wajah si ibu yang dikatakan awet muda, persis pelakon berkenaan.
Apa pun, MH mendoakan Erra sekeluarga sentiasa bahagia, ceria dan dirahmati sentiasa.
Foto : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI