Pelakon, Datin Diana Danielle mengakui berasa agak sukar untuk meninggalkan anak-anak dalam tempoh masa agak lama lebih-lebih lagi ketika sedang berkerja.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram, Diana memaklumkan dia sebolehnya mahu segala urusan kerjanya berakhir segera supaya dia boleh lekas pulang untuk isi masa bersama anak-anak.

 “I can’t be away from the kids. Not the mom yang happy to have even one night without them. My “me time” is just being alone for a few hours hiding so i can watch trevor noah jabbing at US politicians and james cordon’s carpool karaoke. It’s hard to admit sebab i tak suka orang clingy tapi i’m the clingy one now.

“Returning to work and being on set is always the hardest thing i have to do, walaupun i suka the script, story and everything but a few days before work I will cry (inside), rasa berat & guilty cukup dalam hati.

“Every day is like ‘bila nak habis.. nak ajar aurora draw fish and nak tolong momad siapkan homework or nak tukar arrangement bilik diorg (lagi)’,” tulisnya.

Ads

Jelas isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu lagi, ada kalanya dia juga boleh jadi agak terkekan sekiranya terlalu lama berjauhan dengan anak-anak.

“Normally after every project, I’ll have to break for at least a month, baru boleh pujuk hati untuk kerja balik. Bila I depress rindu anak, teruk. I boleh bad mood sesangat and tak ada will to work.

“Kalau before Covid Aurora dah serupa PA I dah. I angkut je sebab sama-sama rindu. Momad on off sebab dah besar tapi dia akan selalu video call tanya bila nak baliiik. HAIH!,” kongsinya lagi.

Ads

Mengakui harus berdepan detik sukar sepanjang tahun 2020, Diana turut memaklumkan, dia merancang untuk memperlahankan perjalanan karier seninya agar dapat meluangkan lebih masa untuk anak-anak dan juga dirinya sendiri.

“Next year I wanna slow down. I sacrificed a lot this year. I had to overcome something so painful. A lot of time, effort and money wasted. So cukup, I dah selesai satu issue in 2020. Next year insyaAllah, I wanna be the “always home, baking and decorating” mom. Doesn’t mean I won’t be busy just a better kind of busy.

Ads

“I wanna just release songs, get into dancing again, create more content that’ll make you guys also feel more connected with me…. ultimately do things that’ll give me more time with my kids. 2021 you better not be another 2020. Gimme that 2001 “itz britney bish” and paris hilton’s “that’s hot” vibes or i donchwanit,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga segalanya baik-baik sahaja buat Diana dan juga keluarga.

“Selepas Tiap Projek, Saya Akan Cuti Sekurang-Kurangnya Sebulan. Baru Boleh Pujuk Hati…,” – Demi Anak, Diana Danielle Mahu… “Selepas Tiap Projek, Saya Akan Cuti Sekurang-Kurangnya Sebulan. Baru Boleh Pujuk Hati…,” – Demi Anak, Diana Danielle Mahu… “Selepas Tiap Projek, Saya Akan Cuti Sekurang-Kurangnya Sebulan. Baru Boleh Pujuk Hati…,” – Demi Anak, Diana Danielle Mahu…

Sumber: Instagram Datin Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI