Selepas jenamanya tular setiap kali musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi optimis menampilkan 20 koleksi nikah ‘ready-to-wear’ (RTW) buat pertama kalinya.

Rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik itu pasti menjadi berita baik bakal mempelai.

Lebih tujuh tahun mengusahakan perniagaan berasaskan Kurta baju Melayu, jenama ini kini mengorak langkah maju.

“Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka.

“Ini kerana kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif bakal memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati,” katanya.

Ads

Malah sempena pelancaran koleksi nikah ini juga, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan ‘giveaway’ di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost.

Ads

‘’Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi. Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin,” katanya lagi.

Selepas Tular, ‘Otak Bisnes’ Pengasas Bulan Bintang Tampilkan Koleksi Nikah Buat Bakal Pengantin Pula Selepas Tular, ‘Otak Bisnes’ Pengasas Bulan Bintang Tampilkan Koleksi Nikah Buat Bakal Pengantin Pula

Ads

Pihaknya pada masa sama berharap setiap rekaan yang bakal dimenangi akan membawa keterujaan dan membawa makna berharga buat setiap bakal pengantin.

Terdahulu awal tahun ini, jenama tersebut menjadi buah mulut pengguna Twitter apabila ia jenama pakaian lokal pertama memaparkan video animasi 3D pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya selaku duta jenama itu di papan iklan berhadapan KLCC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI