Selepas berkongsi berita gembira mengenai isterinya yang juga pelakon Amyra Rosli yang kini sedang hamil anak kedua, rupanya hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Amar Baharin yang ke-34.
Bersempena dengan itu, si isteri ada meluahkan dedikasi istimewa buat suami tercinta yang disertakan dengan beberapa keping foto kandid mereka sekeluarga menerusi entri terkini di Instagram.
Maklum bintang utama Nur itu, Amar merupakan suami dan pasangan terbaiknya.
“Today my husband turned another year older and I couldn’t be more thankful that i got to celebrate it with him. There is so much I could say about this guy. He’s the real deal! The best friend anyone could ask for. Thoughtful. Wise. So passionate. Handsome.
“The best father and my greatest companion. He will do anything for his family & go out of his way to make sure me n anaqi are safe n taken care of,” tulisnya.
Pada masa sama, Amyra turut menyatakan rasa syukur kerana menjadi isteri kepada suami yang menjadi ketua keluarga terbaik.
“Thank u for being the man that u are. For leading our family with integrity and for sticking by me through thick and thin! Im really grateful to be your wife.
“This photo accurately describes how i feel in your arms – safe. Buuuutttttt this post isn’t about us 😂 its about your birthday. You are incredible in every way @amarbaharin ! And i just gotta say….. 34 looks good on you syg. HAPPY BIRTHDAY HUSBAND! Mommy n anaqi love u lots!,” kongsi Amyra.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 11 November sebelum mengikat tali pertunangan pada September 2016.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi Mamar yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017.
Foto: Instagram Amyra Rosli