Pelakon dan penyanyi Leez Rosli akui selesa dengan penampilannya yang bertudung bawal.

Malah, bekas peserta Akademi Fantasia-4 ini juga mahu jadi diri sendiri dan tidak terlalu terikut-ikut perkembangan fesyen, khususnya fesyen Muslimah.

“Saya lebih suka yang simple dan selesa. Ini lah diri saya yang selesa pakai tudung bawal.

“Kalau saya pakai turban sekalipun, rasa macam bukan diri saya yang sebenar dan automatik saya akan rasa janggal,” kata Leez kepada MH ketika ditemui baru-baru ini.

Malah, Leez amat menitibertakan penjagaan auratnya selari dengan seorang wanita Muslimah.

Ads

“Saya akan jaga aurat dan saya jenis yang tak tahan apabila dikritik netizen, tambah-tambah mengenai pemakain saya sebagai seorang muslimah.

“Sebelum orang bercakap dan mengata  fasal saya, baik saya jadi diri sendiri dan rasa selesa kemana sahaja saya nak bergerak dengan gaya tudung yang saya pakai,” tegas isteri kepada vokaslis Drama band, Aepul Roza.

Selesa Bertudung Bawal, Leez Rosli Mahu Jadi Diri Sendiri, ‘Takut’ Pakai Turban!

Ads

Akuinya, jika ditakdirkan untuk memakai turban sekiranya bersesuai dengan watak, Leez akan berhati-hati.

“Andai kata satu hari nanti, saya kena pakai juga turban untuk mana-mana watak, saya akan pastikan bahagian dagu dan leher perlu berlapik,” akhiri Leez atau nama penuhnya Rosliza Rosli.

Dalam perkembangan lain, Leez akan menyertai program realiti, Muzikal Lawak Superstar yang bergandingan dengan pelawak Caca dan Azmir.

Ads

Mereka bergabung dalam satu pentas diberi nama kumpulan Bunga dengan 14 kumpulan yang terdiri daripada pelawak, penyanyi dan pelakon.

Program terbaru tersebut bersiaran di Astro Warna bermula Jumaat (esok) jam 9 malam.

Selesa Bertudung Bawal, Leez Rosli Mahu Jadi Diri Sendiri, ‘Takut’ Pakai Turban!

Selesa Bertudung Bawal, Leez Rosli Mahu Jadi Diri Sendiri, ‘Takut’ Pakai Turban!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI