Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi cerita perihal tentang dirinya bersama peminat di laman media sosial Instagram.
Kongsi pelakon berusia 49 tahun ini, dia tidak berapa gemar mengenakan kasut tumit tinggi kerana tidak berasa selesa apabila memakainya.
Selain mementingkan keselesaan, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini kini lebih gemar memakai kasut ‘sport’ yang lebih praktikal bagi dirinya.
Ads
“Bila pakai kasut macam ni teringat zamannsekolah dulu2 amatlah selesa nak berjalan ke mana saja.
“Saya sekarang memang tak boleh bertumiit tinggi rasa kaki terkepit jadi.
Ads
“Saya pilih kasut yg ala2 sport macam ni tapi tapak dia tinggi ler so saya nampak tinggi walaupun sebenarnya kenetot jer saya ni,” tulisnya sambil berkongsi perkembangan terkininya.
Sekadar informasi, drama Bidadari Kiriman Tuhan yang dilakonkan Zarina turut dibintangi pelakon hebat seperti Mira Filzah, Zul Ariffin, Adlin Aman Ramli dan Ruminah Sidek.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Abby Abadi telah meluahan rasa sedih apabila mengetahui tahap kesihatan ibunya, Hasnah Abu yang kini lemah.
Difahamkan, ibu kepada pelakon Gerak Khas itu hilang selera makan dan peregerakan terbatas.
Ibunya turut melakukan rawatan menjalani dialisis.
“Doakan Mak kita Dipermudahkan segala urusannya ye Hasnah bt Abu namanya .
“Sejak buat dialysis Pergerakan makin perlahan Nampak makin kurang Selera makan Mak Dan makin susut badan Mak Mendadak turun berat badannya Kesian Mak kita..
“Sayang Mak kita ni Dulu Maklah yg rajin buat semua Untuk anak anak Terutama Sayalah Nak makan apa Mak usahakan sehabis daya Anak2 Mak ramai perangai tah apa2 pun Mak layankan juga Hebatnya seorang Mak,” tulis Abby di ruangan kapsyen.
“Kita paling dekat dgn Mak Anak kesayangan Sebab bongsuuu hehe Tapi sejak sakit kali ni Syukur anak2 lain Makin rapat juga Tolong uruskan itu ini Walaupun tak semua…
“Saja suka nak share/terobek Dari awal kerja dulu Saya ada duit Mesti tak lupa Mak Beli apa2 mesti beli utk Mak juga Duit belanja bulan lain Duit makan minum lain Takpernah kita berkira dgn Mak…
“Alih2 bila Mak sakit kali ni (Doc ada bisik2 yg kata Umur Mak dah tak panjang) Wallahuallam Ada yg tuduh kitaorg suami/isteri Nak jaga Mak bersebab (Berat nak cerita) Mcm2 lagilah tuduhan..
“Takpelah Mak, Mak rehat2 je skrg ni. Org nk Mak selesa. Yg pelik2 tu jangan dilayan. Mak sakit.. dilayan nanti, buat Mak tension je. Abaikan je mereka itu. ALLAH lebih tahu..
“Makpun lebih tahu rasanya. Solat dan terus sabar ye Mak. Mak kena terus kuat. Raya ni kita nak pakai raya warna merah/gold/brown sesama ye Mak. Raya kat umah ni je k..
“ALLAH uji sebab ALLAH sayang, Love U Mak,” tulisnya.
Serentak dengan itu, netizen telah memberi kata-kata semangat buat ibu Abby.
Foto : IG Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun pernah dihimpit kontroversi yang masih belum selesai sehingga hari ini, penyanyi terkenal, Aishah Ariffin mendedahkan dirinya tidak serik untuk menyertai program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10).
Menurut Aishah, masalah yang dihadapinya itu bukanlah bersama pihak Astro sebaliknya penaja yang tidak mengotakan janji.
“Kontroversi saya bukan dengan Astro tapi dengan pihak penaja. Bila sudah selesai urusan dengan penaja, semuanya okay sahaja.
“Cuma, kini hanya tinggal urusan bersama satu lagi pihak penaja sahaja yang belum selesai,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai strateginya untuk bersaing dengan juara-juara GV yang lain, penyanyi berusia 58 tahun ini memaklumkan dirinya hanya mahu kekal sihat untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Entahlah. Nak kata saya sudah siapkan strategi sangat pun tidak juga. Saya hanya mahu menyanyi dan perlu mempersiapkan diri.
“Untuk memastikan saya dapat menyanyi dengan baik, saya kena sentiasa berada dalam keadaan sihat,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media GV10 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aishah turut mendedahkan dirinya bakal menampilkan kelainan dari segi fesyen dan kreativiti di atas pentas.
“Pada GV10 ini, saya nak tunjukkan kepada peminat yang saya mahu berfesyen. Dahulu, tiada sponsor yang mahu menerima saya sebab katanya baju banyak kain.
“Sekarang pula, makin berebut-rebut orang nak taja baju saya. Semasa di GV4, walaupun saya menang, saya tidak merasakan yang saya berada di dalam versi diri saya yang terbaik.
“Kita sendiri pun tahu kemampuan sebenar diri kita bila kita lebih sihat dan boleh menggayakan apa sahaja fesyen. Persaingan amat sengit dan semua peserta boleh menyanyi dengan bagus.
“Jadi, aspek-aspek lain inilah yang akan dinilai seperti penampilan, kreativiti, penghayatan dan macam-macam lagi nilai terperinci. Ini bukan sekadar pertandingan menyanyi tapi juga persembahan,” katanya lagi.
Malah, juara GV4 ini juga teruja apabila bakal menyertai GV10 bersama ‘glam team’.
“Kini saya akan ada team sendiri. Kesian juga saya. Nampak macam susah sangat masa GV4 dulu bila saya tiada team. Semua orang nampak saya datang lenggang kangkung sahaja.
“Saya masih menjadi diri saya. Namun, kini ada orang yang akan jagakan wardrobe dan tolong menggayakan tudung. Maknanya, kini saya sudah boleh fokus sepenuhnya terhadap nyanyian dan persembahan,” akhirinya.
Terdahulu, pada program realiti GV4, Aishah dinobatkan sebagai juara dan dijanjikan hadiah wang tunai RM100,000 selain sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta trofi.
Bagaimanapun Aishah akhirnya mendedahkan tidak mendapat hadiah sebidang tanah seperti dijanjikan hampir setahun selepas program itu berakhir.
Hal tersebut telah dibawa ke muka pengadilan dan masih belum selesai sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio dan hos, Haniff Hamzah menyifatkan dia belum terfikir untuk mencari peneman hidup meski sudah tiga tahun bergelar duda.
Haniff sebaliknya mengakui, pada fasa ini dia memilih untuk mengukuhkan kewangan terlebih dulu.
“Saya tak mahu lalui ‘roller coaster’ sehingga satu tahap saya sendiri sudah selesa dengan keadaan sekitar, barulah saya akan mencari pasangan hidup.
“Lagipun pada usia 60 tahun pun saya boleh bercinta lagi. Saya yakin yang bercinta ini bukan semata-mata untuk hubungan intim saja, tapi lebih kepada kasih sayang dan saling melengkapi.
“Saya juga akui hubungan yang lebih daripada persahabatan ini juga ada pasang surutnya. Jadi saya seboleh mungkin nak elakkan benda itu buat masa ini.
“Memanglah saya boleh bangkit dan bersama tapi saya tak perlukan pengganti lagi,” katanya.
Dia bagaimanapun turut akui, episod trauma dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini lalu sudah berjaya dilenyapkan.
Menurut Haniff, selepas menjalani dua kali sesi kaunseling bersama doktor pakar, dia bersyukur segala beban yang terbuku di hati akhirnya pulih.
“Semua orang yang melalui episod perceraian akan melalui fasa trauma. Macam mana dia layan trauma itu adalah hak dia. Sejujurnya saya dah habis layan trauma yang saya lalui.
“Saya ada berjumpa dengan doktor pakar dan mendapatkan rawatan sebanyak dua sesi di klinik berbeza. Saya bulatkan hati nak jalani rawatan itu pun sebab kawan saya yang syorkan kerana saya seorang yang kuat berahsia.
“Jadi dia nasihatkan untuk saya kongsikan segala masalah kepada individu tidak dikenali.
“Saya tak sangka selepas menceritakan segala yang terbuku di hati akhirnya saya berasa lega dan boleh ‘move on’.
“Saya juga nak cadangkan kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ia sangat membantu,” katanya.
Untuk rekod, Hanif mendirikan rumah tangga dengan Wan Katherina pada 12 Jun 2010 dan bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff, 8, dan Jebat Kaliff, 7.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!