Penyanyi, Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Kedua mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga merupakan penyanyi terkenal, ND Lala.

Selesai Jadi Wali Shila Amzah, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis

Bagaimanapun ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh dilihat bergegas meninggalkan majlis sebaik sahaja sesi akad nikah selesai.

Malah, penyanyi lagu Dari YB ini juga tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga.

Ads

Turut tidak kelihatan pada sesi itu adalah adik kepada Shila, Syada Amzah.

Selesai Jadi Wali Shila Amzah, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis

Dalam masa sama, pihak media turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada ND Lala untuk ditemubual, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Ads

Sementara itu, isteri ND Lala, Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemubual oleh wartawan.

Terdahulu, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’, Fauziah mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi selama ini.

Ads

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI