Selesai Pembedahan, 8 Batang Gigi Anak Fedtri Yahya Terpaksa Dibuang Akibat Jangkitan Kuman & Terlalu Hitam

Share

Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.

Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.

Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.

“Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna. Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je.

“Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi. Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM.

“Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua.

“Terima kasih buat semua petugas Hosp Sg Buloh yang dedikasi dan budiman,” tulis Fedtri sambil disertakan gambar-gambar selepas menjalani pembedahan.

Sementara itu, netizen ada meninggalkan komen pelbagai terhadap perkongsian tersebut.

Malah, ada juga yang memberikan semangat kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu yang berani dan kuat.

Terdahulu, Fedtri sempat memuat naik gambar di Insta Storiesnya sebelum Arjuna menjalani pembedahan gigi awal pagi tadi.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
MH