“Saya ada berbincang dengan anggota Puteh yang lain.” Itu kata Ali Puteh apabila ditanya mengenai suntikan emosi yang diberikan Puteh pada penghujung persembahan pusingan kedua pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019)yang berakhir malam tadi.
Puteh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Man Raja Lawak dinobatkan sebagai juara MLM 2019 mengetepikan empat kumpulan lainnya.
Menerusi persembahan ‘Kenduri’ yang dibawa Puteh, penonton yang memenuhi tempat duduk di Royal Theatre, Shah Alam tersentuh apabila Ali turut memberi dedikasi atas pemergiaan puteri keduanya, Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Anak saya meninggal pada minggu kelima pertandingan, tapi saya simpan mengenai hal itu. Bermula dari minggu kelima, saya cakap tolonglah saya tak mahu ‘main’ langsung atau isu melibatkan arwah.
“Anak saya meninggal dunia pada Selasa dan Jumaat saya masih teruskan persembahan. Saya tak mahu isu ‘kesian…’. Saya tak nak langsung sebab kita berada di pentas komedi.
“Orang hanya mahu ketawa, kalau kita sajikan dengan perkara itu ia ibarat satu benda klise yang menampakkan kita cuba tarik perhatian,” jelasnya kepada MH.
Ali berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah reaksinya andai ada penerimaan berbeza dari penonton terhadap persembahan yang dibuat.
Ads
Jelasnya lagi, penekanan terhadap kualiti persembahan terakhir adalah lebih menjurus kepada komedi dan apakah mesej yang ingin disampaikan.
“Ketika di malam final, saya ada beritahu Mamak kita tekankan dengan elemen komedi dan content dan pada 30 saat terakhir baru kita ‘twist’. Maknanya kenduri yang dilakukan ialah untuk apa. Tapi kalau daripada awal, kita sentuh mengenai hal lain.
“Maknanya kita tidak terapkan ia daripada awal. Kalau kata nak mainkan isu itu daripada awal, lagi menangkap. Tapi saya rasa tak perlu, tak adil untuk pertandingan seperti ini. Untuk menang RM500,000 main dengan elemen sebegitu, rasanya tak sesuai,” katanya.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ali turut akui isterinya tidak diberitahu awal mengenai apakah intipati persembahan yang akan dilakukan pada malam final.
Ads
“Saya tak ada beritahu apa content yang bakal dibuat, selalunya dia tanya. Cuma di belakang pentas saya cakap, ada suprise tau malam ni. Lepas selesai persembahan dia jumpa dan saya terus peluk dia. Saya cakap inilah yang saya cuba ketengahkan, insyaAllah.
“Dia kata kenapa tak bagitahu, saya cakap kalau beritahu nanti ia tak akan menjadi. Yang tahu hanyalah pihak produksi malah peserta lain pun tak tahu. Kita rehearsal hari Khamis dan perfom hari Jumaat,” ujarnya.
Terdahulu, Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine, iaitu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.
Ads
Zero ditempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM250,000 beserta trofi sementara tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey.
Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad berjaya meraih hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.
Dua lagi finalis J-born dan Rare diumumkan sebagai pemenang keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000 selain trofi kemenangan.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, MLM 2019 berlangsung selama 11 minggu di Royal Teater, Shah Alam manakala Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani pula dipilih sebagai juri tetap musim ini.
Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, tiga bulan, meninggal dunia November lalu selepas disahkan menghiap masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mempunyai seorang lagi cahaya mata, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini mencecah usia tiga tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian terkini pelakon Rita Rudaini di Instagram menarik minat ramai, seterusnya menyentuh hati banyak pihak.
Menerusi hantaran tersebut, Rita berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.
Menerusi video pendek itu, Ryan menitipkan dedikasi dengan merakamkan ucapan penghargaan buat ibu yang telah banyak mendorang dan membimbingnya dari kecil sehingga sekarang.
“Terima kasih mommy sebab dari kecil sehingga besar mommy jaga Ryan. Daripada bayi, mommy tolong ajar Ryan berjalan sampai Ryan mendapat pointer 3.99. Sikit lagi nak dapat straight A+. Cuma satu sahaja A-,” katanya.
Dalam pada itu, Ryan juga berazam untuk terus berusaha demi meraih keputusan lebih baik.
“Semester hadapan, Ryan akan cuba buat lagi baik buat mommy. 3.99 ini juga hadiah hari lahir buat mommy. Ryan akan cuba pula dapatkan 4 flat,” kongsinya lagi.
Keputusan cemerlang itu juga telah menampatkan Ryan sebagai 10 pelajar terbaik untuk seluruh pelajar Tingkatan 2.
Sementara itu, Rita turut menzahirkan rasa syukur dan berjanji untuk terus membimbing anak-anaknya untuk menjadi insan berjaya.
“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tahun ni Ryan top 10 batch student lagi tapi kali ni dekat SUBES pula. Tahniah.
“Mommy akan pastikan anak-anak mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa mommy selalu bersama anak-anak. Terima kasih ustazah. Tahniah Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulisnya pada kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain mendoakan semoga anak-anak Rita menjadi anak soleh berjaya pada masa hadapan.
Malah ramai yang menyifatkan Rita beruntung kerana dikurniakan cahaya mata yang baik dan berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh sejak semalam apabila Neelofa dikatakan ada mengenakan persalinan seakan sama dengan baju yang disukai Fazura yang diperagakan model di KL Fashion Week baru-baru ini.
Fazura ada menulis Mine Please menerusi Insta Stories terhadap foto baju tersebut dan kemudiannnya, dia seperti dipakai Neelofa.
Malah, bintang cantik itu ada memuat naik gambar tersebut di akaun Instagramnya ketika mengacarakan program MeleTOP semalam.
Memuat naik dua keping foto ulam pegaga bagi menggambarkan perjalanannya yang sedang menyusu anak, Datin Almy Nadia sempat menyelitkan luahan rasa.
Perkongsian tersebut antara lain membayangkan perihal dipergunakan oleh segelintir pihak atas gelaran sebagai ‘artis’.
“Tadarrrrrrr journey #bf mama.. natural … jus pegaga… done … ok saja nak luah perasaan sikit pagi ni… just nak tanya hina sgt ka pekerjaan sebagai “ARTIS” ni.. sampai ramai yg memperlekeh2 kan “ ARTIS” ikut suka hati hampa ja nak eja mcm mana.”
Tambahnya lagi, peminat dilihat mengambil kesempatan memberikan hadiah dan menggunakan gambar yang dikongsi sebagai promosi produk tanpa sebarang bayaran.
“Lepas tu pasai bg gift pun sj nak habaq.. yg sorang bg gift lps tu pakat2 ramai pulak dok copy paste serupa kami dok guna barang depa.. apooo!!!!!… lps tu siap tulis retis ni guna retis ni pakai apooo kah itu.. sorry la naa…
“Klu rasa nak “ARTIS” tu pakai atau guna bayaq laaa.. toksah la nak copy paste n ckp pulak “retis ni guna barang kami retis ni pakai barang kami” ok… budi bahasa ni melambangkan diri kt tau.. hahahah sj la .. luah perasaan sikit sahaja,” ulasnya.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.