Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar yang telah pun bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar 1 Mac lalu telah pun melangsungkan majlis bertandang di Kota Bharu.
“Alhamdulillah selesai sudah Majlis Bertandang Di Kota Bharu. Terima kasih pada keluarga yang bertungkus lumus menyiapkan majlis ini.
“Tak lupa juga pada yang hadir dan mendokan kebahagiaan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Amin,” tulisnya menerusi entri terkininya di Instagram.
Ads
Pada masa sama, penyanyi berkenaan turut memberikan ucapan penghargaan buat semua pihak terlibat sepanjang majlis berlangsung.
Pasangan ini terlebih dahulu bertunang dengan Siti Nurnaja’a, 24, pada 13 Oktober tahun lalu di Setapak, selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.
Foto: Instagram Ameerais
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Sophia AlBarakbah mahu melupakan isu-isu panas melibatkan dirinya serta pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah memandangkan mereka sudah pun menamatkan penggambaran bagi drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Menurut Sophia, dia berharap agar isu ini tidak dibangkitkan lagi dan semua pihak harus meneruskan kehidupan.
Katanya lagi, dia juga tidak bimbang soal perjalanan kerjayanya kerana percaya dengan aturan Allah SWT“Cerita ini sudah lama. Rasanya semua orang patut move on. Pihak saya dan pihak di sana pun dah move on. Tak perlu lagilah kita buka cerita lama. Apa yang terjadi, telah pun terjadi. Biar yang terlibat sahaja tahu.
“Dari segi kerjaya, rezeki itu Allah yang tentukan. Walau apapun yang terjadi, kalau rezeki itu memang untuk saya, ia tetap untuk saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Sophia turut akui kontroversi yang melanda dirinya itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap mentalnya.
“Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Mereka berkata-kata tanpa mengetahui perkara sebenar. Mereka hanya berkata daripada apa yang mereka baca.
“Mulanya memang agak sakit juga untuk terima semuanya kerana pada waktu itu, saya masih lagi shooting. Memang emosi saya terganggu.
“Namun, saya ada sokongan yang baik daripada keluarga dan rakan-rakan. Sakit yang saya rasa itu, saya gunakan untuk menghayati watak ketika berlakon,” ujarnya lagi.
Pelakon berusia 29 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) pada Ahad.
Ditanya mengenai tindakkan rakan-rakan artis yang mengecamnya kerana kontroversinya tersebut, Sophia menyifatkan semua pihak berhak memberikan pendapat.
“Bila timbul isu seperti ini, memang akan terciptalah pihak yang menyokong saya atau pihak di sebelah sana. Semua orang berhak untuk memberikan pendapat masing-masing.
“Jadi, saya tak boleh marah atau berkecil hati dengan komen-komen mereka. Mungkin yang komen itu pun mereka tak tahu kisah sebenar. Saya respek pilihan mereka. Tak perlulah sampai membenci,” kongsinya lagi.
Malah, Sophia turut menegaskan kontroversi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.
“Sebagai anak seni, kita tak boleh lari daripada hal-hal seperti ini. Sama ada kita buat atau tidak, tetap akan ada isunya. Saya memang dah bersedia untuk berhadapan dengan semua ini pada masa hadapan.
“Saya jadikan lakonan ini sebagai kerjaya yang saya sayang. Saya tak kejarkan publisiti. Perkara ini datang sekali dengan kerja kita sebagai figura awam. Saya tak boleh lari,” akhirinya.
Terdahulu, drama lakonan Sophia yang berjudul, Suamiku Lelaki Pendosa telah dinobatkan selaku Drama Terbaik TADS2022.
Drama ini juga turut memenangi beberapa kategori lain iaitu Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pelakon Lelaki Terbaik (Aaron Aziz) dan Pengarah Terbaik (Eyra Rahman).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Kalau dah jodoh, tak kemana’, ia mungkin jadi pepatah yang sesuai buat pasangan guru dan bekas muridnya yang menjalin rasa cinta, hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Bahtera perkahwinan yang sudah diikat selama dua minggu itu, menjadikan Muhammad Hazim Shahidan, 21 dan Siti Aishah Pakechik, bekas gurunya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menjalinkan hubungan sebagai suami isteri yang sangat romantis dan bahagia.
Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Bukit Mertajam, pada 11 Ogos lalu.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan minat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang gemar melaram atau bersolek.
Rozita atau mesra disapa Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat dan kesukaannya.
“TOLONG DENGAQ!!! Hampa (kamu semua) tak nak siapkan anak hampa itu masalah hampa!! Anak kami memang suka besiap! Takkan la dia nak melaram kami nak larang.
“Anak kami memang suka pakai mekap dan suka melaram. Karang kalau marah dia, dok melalak, merajuk. Satu keja kami nak pujuk tak memasal.
“Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun…mana tak tumpah kuah kalau tak ke spagetti tak gitu? Hahahha, ke nasi la hampaa. Saja ja melawak. Kadang-kadang kami pening tau,” tulisnya.
Che Ta pada masa sama menambah, kebanyakan yang meninggalkan komen negatif adalah pengguna akaun palsu.
“Yang komen semua guna fake account, sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebai 7 petala langit ni baru hampa tau.
“Karang tak letup hampa kami tak pandai jaga anak, karang letup sangat hampa kata kesian zaman budak-budak la itulah inilah. Macam hampa dulu kecik-kecik suka mandi sungai.
“Mak pak larang pun hampa p terjun sungai kan..gitulah anak kami. Jaga anak hampa sendiri. Sebok jaga anak orang, anak sendiri kelaparan. Hampa nak @aaisyahdhiaranaofficial ni dok dalam gua ka!,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...