Penyanyi, Datuk Nora Arrifin memaklumkan dia sekeluarga telah selamat pulang dan tiba ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, beberapa hari lalu.
Khabar itu telah dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin bersama peminat menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Bintang yang popular menerusi lagu Hanya Satu itu memanjat rasa syukur kerana segala urusannya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sekaligus, Nora menyifatkan umrah kali ini menjadi momen paling indah bagi dirinya.
Ads
“Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia.Rehat sehari dua, betulkan urat badan, then back to work.
“Untuk umrah kali ni, ramai yang bertanya saya pergi dgn agen/ pakej mana? Untuk pengetahuan semua, kali ni saya ikut jemaah Dato Seri Hj Alwi & Datin Seri Norwina. Pakej biasa-biasa saja bukan kayangan.
“Memang lain dari lain. Pengalaman yang paling indah dapat bersama anaknda @itzputridahlia & suami untuk sambut ramadan di Mekah, Madinah, visit Jeddah. Satu kenangan manis buat kami.
“Semuanya baik-baik belaka, macam-macam perkara yang baru kita jumpa & belajar. Saya, suami & anak sangat puas hati & enjoy the trip. Thank you kepada semua jemaah lain, Alif Raudhah,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, bersempena bulan Ramadan, Nora turut berdoa moga amalan ibadahnya mendapat rahmat dan keberkatan Yang Maha Esa.
Sejurus pulang dari tanah suci Mekah, penyanyi berusia 48 tahun ini mahu terus istiqamah menjadi ibu yang lebih baik dan mahu menutup aurat dengan lebih sempurna.
“Moga Allah SWT angkat doa kami semua. Sempena ramadan, bulan yang penuh keberkatan ini, saya bertekad untuk lebih istiqamah, untuk menjadi ibu yang lebih baik, isteri yang lebih taat pada suami.
Ads
“Juga mahu istiqamah pakai tudung tutup aurat betul-betul. Heheheh…dah nk masuk 50, malu kat diri sendiri. InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.
Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.
“Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.
Assalamualaikum Siti @CTNurhaliza11, saya ucap tahniah atas kelahiran anak yang kedua. Diharap Siti dan anak dikurniakan kebaikan oleh Allah SWT.
Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jasmin Hamid meminta ramai mendoakan yang baik-baik buat bekas suami, Ian Rashid yang kini mendapatkan berada di unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung.
“Allahuakbar… Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya, Ian Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung. Ada enam saluran tersumbat.
“Saya dan suami pergi menziarah bekas suami di hospital. Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru. Beliau orang baik,” kongsinya.
Jasmin memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran terbaru yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Jasmin menyifatkan ujian yang berlaku adalah ketentuan Yang Maha Esa.
“Saya yang ada sakit jantung, tapi sekarang beliau yang sihat wal’afiat sebelum ni pula yang berada di ICU sebab kena heart attack. Inisemuanya adalah ketentuan Allah.
“Pergilah check doctor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana ia adalah silent killer.
“Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid. Terima kasih dari saya sekeluarga. Allah Maha Baik,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat bintang media sosial yang juga merupakan usahawan muda, King Afiq telah selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz bersama pasangan yang dikenali sebagai Zainab.
King Afiq atau nama sebenarnya, Ameerul Afiq berkongsi berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz buah hati saya sah menjadi isteri buat saya. Doakan kebahagiaan buat kami berdua.
“I love you @zainab.zainabb , and thank you everyone for your warm wishes,” tulisnya.
Tambah King Afiq lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kebahagiannya bersama isteri tercinta.
Melihat di ruangan komen, rata-rata sahabat dan juga rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru itu.
Malah, ada juga segelintir pihak yang dilihat agak terkejut mendengar perkhabaran gembira tersebut.
Dalam pada itu, King Afiq turut berkongsi beberapa foto yang merupakan momen sebelum akad nikah di IG Stories miliknya.
Apapun, kami daripada team MH turut ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kalian dan semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.
Foto: Instagram King Afiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!