Selesai Umrah, Nora Ariffin Berdoa Mahu Istiqamah Tutup Aurat Dengan Sempurna – “Dah Nak Masuk 50, Malu Kat Diri Sendiri, InsyaAllah.”

Share

Penyanyi, Datuk Nora Arrifin memaklumkan dia sekeluarga telah selamat pulang dan tiba ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, beberapa hari lalu.

Khabar itu telah dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin bersama peminat menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Bintang yang popular menerusi lagu Hanya Satu itu memanjat rasa syukur kerana segala urusannya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sekaligus, Nora menyifatkan umrah kali ini menjadi momen paling indah bagi dirinya.

“Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia.Rehat sehari dua, betulkan urat badan, then back to work.

“Untuk umrah kali ni, ramai yang bertanya saya pergi dgn agen/ pakej mana? Untuk pengetahuan semua, kali ni saya ikut jemaah Dato Seri Hj Alwi & Datin Seri Norwina. Pakej biasa-biasa saja bukan kayangan.

“Memang lain dari lain. Pengalaman yang paling indah dapat bersama anaknda @itzputridahlia & suami untuk sambut ramadan di Mekah, Madinah, visit Jeddah. Satu kenangan manis buat kami.

“Semuanya baik-baik belaka, macam-macam perkara yang baru kita jumpa & belajar. Saya, suami & anak sangat puas hati & enjoy the trip. Thank you kepada semua jemaah lain, Alif Raudhah,” tulisnya.

Dalam pada itu, bersempena bulan Ramadan, Nora turut berdoa moga amalan ibadahnya mendapat rahmat dan keberkatan Yang Maha Esa.

Sejurus pulang dari tanah suci Mekah, penyanyi berusia 48 tahun ini mahu terus istiqamah menjadi ibu yang lebih baik dan mahu menutup aurat dengan lebih sempurna.

“Moga Allah SWT angkat doa kami semua. Sempena ramadan, bulan yang penuh keberkatan ini, saya bertekad untuk lebih istiqamah, untuk menjadi ibu yang lebih baik, isteri yang lebih taat pada suami.

“Juga mahu istiqamah pakai tudung tutup aurat betul-betul. Heheheh…dah nk masuk 50, malu kat diri sendiri. InsyaAllah,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nora Ariffin

Published by
Nazar Rafiqhi