Semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada April tahun lalu, pelakon Along Eyzendy kini mengorak langkah ingin kembali aktif dalam bidang seni.

Along atau nama sebenar, Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, berkata walaupun begitu ada satu perkara yang perlu dititikberatkan iaitu dia tidak boleh sama sekali terlibat dalam babak melibatkan pelakon lain perlu memukul dirinya.

“Ramai bertanya saya dah sihat ke, dah boleh berlakon ke? InsyaAllah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.

@mediahiburanofficial Menarik jalan cerita teater Nyonya, sampai ada scene hunus pisau. Nyonya akan akan dipentaskan pada 15 & 16 Oktober ini di Kuantan. #teaternyonya #vanidahimran #lizaabdullah #zielajalil ♬ original sound – Media Hiburan

“Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya sebab takut ia boleh memberi tekanan pada badan,” katanya kepada MH.

Along ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

Kisah Along mendapat perhatian selepas isterinya, Hamidah Mohd Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya kepada suaminya.

Semakin Pulih Lepas Pembedahan Buah Pinggang, Along Eyzendy Letak Syarat; “Jangan Bagi Saya Babak Gaduh.” Semakin Pulih Lepas Pembedahan Buah Pinggang, Along Eyzendy Letak Syarat; “Jangan Bagi Saya Babak Gaduh.”

Meskipun sudah kembali aktif, namun Along berkata dia perlu sentiasa berhati-hati dalam langkahnya agar tidak timbul sebarang komplikasi di kemudian hari.

Ads

“Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan, saya sudah mula masuk set penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.

“Ikutkan hati saya nak redah sahaja tapi disebabkan badah dah tak berapa kuat.

“Kalau tak cukup tidur saya akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan,” katanya lagi.

Ads

Semakin Pulih Lepas Pembedahan Buah Pinggang, Along Eyzendy Letak Syarat; “Jangan Bagi Saya Babak Gaduh.”

Teater Nyonya yang menampilkan Along bersama gandingan pelakon seperti Zera Hariz, Liza Abdullah, Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil dan Deera Amin bakal dipentaskan pada 15 dan 16 Oktober ini di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI