Tiada kata yang dapat diucapkan selain kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila anak kepada pasangan Sharnaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden semakin sihat.
Nabila berkongsi berita gembira ini menerusi Insta Stories dan menyatakan anaknya sudah semakin pulih dan tersenyum.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, jebat Jayden. Alhamdulillah baby dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah.”
Jebat sebelum ini mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) dan selamat menjalani pembedahan 23 Mei lalu.
Sharnaz bagaimanapun memohon agar netizen turut sama mendoakan kesihatan anaknya yang dikatakan kurang baik selepas selesai pembedahan.
Foto : Instagram Noor Nabila