Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red memaklumkan dirinya diuji dugaan kuat apabila semalam, dia telah menemani salah seorang anaknya untuk melakukan proses cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Difahamkan, perkahwinan anaknya, Aziera dilanda badai meski baru mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.
“Masa ni aku lah org paling gembira dapat menikahkn ank ku sendri….dapat menantu.
“Tapi semalam aku pulak teman kn anakku tuk proses bercerai…ya Allah…lagi kuat dugaan Mu.aku dh tak terdaya nak hadapi ni semua…macam2 dugaan…,” tulisnya menerusi satu entri terkini di Instagram.
Memetik Gempak, anaknya seorang perahsia dan dia turut simpati atas nasib menimpa Aziera.
“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, Aziera merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri ketika berusia 20 tahun. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan itu juga, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 20 tahun dan 15 tahun.
Sementara itu, pada 9 Oktober lalu, Datuk Red turut menjadi perhatian ramai apabila telah membantah permohonan cerai Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Hakim kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian berkenaan. Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.
Foto: Instagram Datuk Red