Baru sahaja melahirkan anak ketiganya, penyanyi Adira menafikan gosip yang hangat diperkatakan mengenai kononnya, dia telah diceraikan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk Red, ketika sedang sarat mengandung.
Malah seperti yang dipetik Harian Metro, bintang berusia 28 tahun itu juga turut menafikan dia merupakan wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip sebuah portal hiburan baru-baru ini.
“Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja,” jelas Adira seperti yang dipetik.
Pada masa sama, bintang ini turut mengakui dia tidak mahu mengambil serius mengenai hal yang boleh memeningkan kepala, lebih-lebih lagi terhadap hal yang tidak benar.
Ads
“Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya,” katanya yang bagaimanapun mengakui keharmoniannya bersama suami ada pasang surutnya sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
“Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.
Ads
“Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Red pula menjelaskan, spekulasi yang timbul itu adalah tidak benar sama sekali.
Ads
“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.
“Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak,” tegas Datuk Red.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pelakon cantik berdarah kacukan, Sarah Hildebrand sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu hos dan model, Nabil Mahir.
Malah difahamkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka sudah pun lebih empat tahun lamanya.
Kemesraan di antara pasangan ini sering kali dikongsikan mereka menerusi media sosial, misalnya di Instagram Nabil sendiri.
Yang pasti bagi yang sedia mengkuti perkembangan mereka sejak dulu, keduanya memang sempoi dan sering bergurau menerusi video yang dimuat naik.
Jadi, jom stalk beberapa foto mesra mereka yang diambil menerusi Instagram masing-masing!
Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy ada berkongsi momen menerusi di InstaStory miliknya.
Menerusi rakaman momen tersebut, kelihatan suami kepada Elfira, Faris sedang memasak sambil memotong ikan di dapur.
“I don’t know how to siang ikan hahahaha , thank god he knows,” tulis Elfira.
Menerusi perkongsian Elfira tersebut telah mendapat perhatian dan kritikan di laman media sosial, khasnya Twitter.
Lalu, Elfira atau nama sebenar Nurul Elfira Loy telah menerima komen pelbagai dan ada yang mempersoalkan mengenai kemahiran bintang 25 tahun itu di dapur.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar majlis pada 1 Jan yang lalu di Cyberjaya.
Alahai, bulan ramadan ada netizen yang kecam, alangkah baiknya kita mendoakan yang baik-baik sahaja buat Elfira dan suami.
Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter memuatnaik kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime ekoran majlis yang sepatutnya berlangsung Ahad ini dibatalkan secara mengejut.
Ulas pelakon lelaki ini, perancangan Allah lebih halus dan teliti, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan.
“Buat awi dan atikah, harap bersabar dgn dugaan Allah ini.. perancangan Allah lebih halus dan teliti.. semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah.. jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. ujian buat kalian, redha dgn ketentuan Allah.”
Netizen turut bersimpati dan menyatakan adalah lebih baik perpisahan dilakukan sebelum mengikat tali pernikahan.
Suami kepada Noor Nabila ini kerap kali berkongsi kata-kata duka seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga.
Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...