“Semalam Dengan Harini 9 Jenazah Dia Mandikan,” – Anak Sulung 12 Tahun Mampu Urus Jenazah, Ajak Bersyukur

Share

Selebriti Ajak Shiro bersyukur seterusnya mendoakan yang baik-baik buat anak sulungnya, Jad Thaqif yang kini sudah mampu menguruskan jenazah.

Menerusi perkongsian Instagram, pelakon dan pelawak itu memaklumkan setakat ini, anaknya itu sudah membantu menguruskan sembilan jenazah.

“Walaupun aku ada pengetahuan, tapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod banding aku.

“Semalam dengan harini je dah 9 jenazah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak Baba ni. Jad rehat eh. Muka nampak letih tu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Video yang dikongsikan memaparkan perbualannya dengan anak tersayang mengenai soal pengurusan jenazah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ajak memuji Jad dan turut mendoakan agar anak lelakinya itu membesar sebagai anak soleh.

Tidak terkecuali, rakan selebriti turut menitipkan ucapan serupa.

Untuk rekod, Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH