Pelakon Anzalna Nasir pasti sedar setiap apa yang dilakukan pasti mendapat reaksi netizen dan doktor yang mengawasi, apatah lagi dengan kandungan yang semakin sarat.
Sebab itulah, bintang yang bakal melahirkan bayi lelaki sekitar Jun depan ini bersyukur masih diberi kesempatan menyempurnakan hajat berbuka puasa bersama anak-anak yatim.
Namun, dia sempat menitipkan pesanan maaf kepada doktor yang menguruskan proses kehamilannya.
Malah, dia turut menegaskan tidak memakai kasut tumit sewaktu menghadiri majlis tersebut.
“Alhamdulillah tercapai juga hajat berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim. Ingatkan tak sempat.
“Sorry doc i pergi sekejap je semalam sumpah tak pakai kasut tumit tinggi. hahahahahahahah…
“Majlis yang sangat bermakna. Terima kasih @nr.mustajab tak pernah henti membuat majlis doa selamat untuk Anzalna dan bayi dalam kandungan,” tulisnya di Instagram.
Lucu dengan kenyataan pelakon jelita ini, netizen turut beranggapan komen tersebut sebenarnya ditujukan khas kepada golongan yang suka mengkritik.
“Sorry doc tak pakai ?”tu sebenarnya nk sampaikan kat natizen,, hahaha dah la cantik bijak berkias pulak tu,,
Namun isteri kepada Hanif Zaki ini menafikan, sebaliknya menyatakan dia sengaja tidak mahu mengganggu privasi doktor yang merawatnya.
Semoga perjalanan Anzalna menuju fasa kelahiran anak pertamanya dipermudahkan.
Foto : Instagram Anzalna Nasir