“Semalam Tidur Awal, Bangun Tadi Ayah Kejutkan Dia,” – Tak ‘Cranky’, Siti Nurhaliza Kongsi Situasi Aafiyah Hari Pertama Masuk Sekolah

Share

Penyanyi dan usahawan berjaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira teruja apabila dapat menghantar permata hati sulung, Siti Aafiyah yang kini melangkah ke alam persekolahan.

Menurut Siti meski dia rasa sebak, Aafiyah bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang karenah malah dilihat bersemangat untuk bertemu dengan rakan-rakan sebayanya.

“Alhamdullillah, hari ini first day Aafiyah masuk pre-school. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nanges, tapi tahannnn jek,” tulisnya.

Situasi tersebut dikongsikan penyanyi hebat ini menerusi perkongsian di Instagram yang dikemas kini.

Penyanyi Anta Permana ini pada masa sama turut menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya yang kin mencecah usia empat tahun itu.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat.

“Dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain amin,” tulisnya lagi.

Perkongsian yang merakamkan dia bersama suami, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa dan Aafiyah di hadapan pintu masuk sekolah telah pun menerima lebih 100,000 tanda suka bersama hampir 900 komen yang ditinggalkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

 

Published by
MH