Semangat Bersajak, Adik Ini Curi Perhatian Ramai

Share

Bulan Ogos memang sinonim dengan bulan patriotik kerana pada bulan inilah kita semua rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan buat negara kita setiap tahun pada 31 Ogos.

Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan ini pasti semangat untuk menyambut merdeka akan bangkit dari dalam diri.

Baru-baru ini, satu video anak kecil yang dikenali dengan nama Mia telah bersajak tentang kemerdekaan dengan begitu semangat sekali sambil mengenakan pakaian jalur gemilang.

Tajuk sajaknya ‘Satu Malaysia’ begitu semangat dibacakan olehnya. Bayangkan anak sekecil ini juga mengerti maksud merdeka dan penyampaiannya telah menarik perhatian ramai.

Dengan penuh semangat,
Tangan kami genggam,
Lalu kami julang ke udara,
Kami laungkan meredeka!

 

Dengan penuh bangga,
Langkah kami hayunkan,
Menapak di bumi bertuah.

 

Dengan jiwa merdeka,
Kami berdiri di bumi yang sama,
Kami belajar di bawah satu bumbung yang sama,
Kami berkongsi jiwa yang sama,
Kami mendukung semangat yang sama.

 

Sungguh suci bumiku Malaysia,
Sungguh harum namamu Malaysia,
Sungguh megah berkibar benderamu Malaysia,
Sungguh bertuah menjadi rakyatmu Malaysia.

Rata-rata yang menonton video adik Mia ini telah meninggalkan komen yang sangat positif.

Ckienjaliliyana: Jai Semagt stu malaysia trbaik syg ..

Shafiq Firdaus: Suka tengok semangat dia. Hopefully apa yg dilaungkan soon dia faham dgn mendalam.

Noor Zeila Nazri: Tetibe tingat zaman skola time nk smbut hari merdeka lak ble tgok adik neh bersajak..semngat kemerdekaan!!

Masej daripada sajak ini begitu terkesan buat semua yang mendengarnya dan seharusnya semangat seperti adik ini yang perlu ada pada setiap rakyat di negara ini supaya kita lebih menghargai dan menyayangi tanah tumpahnya darah kita semua, Malaysia!

Sumber: Facebook Mona Irwan

Published by
Izzati Ramli