Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik beberapa keping foto perbualan bersama arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.
Menerusi perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu, Fazley mendedahkan hampir setiap jam dia akan menghantar teks ketika arwah bapanya masih hidup.
Jelas penyanyi lagu Asmara Ini lagi, dia juga amat merindui kenangan bersama bapa tersayang.
“Kadang2 apabila rindu saya tengok balik SMS dari arwah bapak, semasa dia masih hidup hampir setiap jam saya SMS arwah bapak, update tentang pergerakan saya atau apa2 berkenaan kerja.
“Walau pun ada masanya dia lambat membalas, tapi tetap terasa kasih sayang seorang bapak terhadap anaknya.
“Saya dipanggil Paji atau Gee oleh arwah Bapak dan ibu saya.
“I miss you Bapak! (Alfatehah: Datuk Hj Yaakob Mohammad),” tulisnya.
Sekadar informasi, arwah bapa Fazley dilaporkan meninggal dunia pada 8 Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.
Foto: Instagram Fazley Yaakob