Pelakon Ummi Nazeera menyatakan surah Ad Dhuha dan Al-Syarh merupakan dua surah kegemarannya dan menjadi titik tolak kepada penghijrahan yang lebih baik.
Dia turut berkongsi sedikit maksud ayat yang tertera dalam surah Ad Dhuha.
“Ad Dhuha & Al-Syarh .. Two of my favourite surahs… Semasa saya baru berhijrah.. Surah pertama yang saya cuba hafal adalah Surah Ad Dhuha … “ Tuhanmu tidak meninggalkan engkau(Muhammad) & tidak (pula) membencimu,” kongsinya sebak.
Perkongsiannya turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata mengakui surah Ad Dhuha membawa ketenangan dalam kehidupan.
Surah Ad Dhuda menjelaskan keadaan Rasulullah SAW ketika surah ini diturunkan. Rasulullah SAW merindukan wahyu kerana telah lama tidak diturun kepada Baginda SAW.
Ia juga mengajak manusia kembali merenung diri tatkala diri ditimpa musibah dan tatkala tertekan dengan kehidupan.
Foto : Instagram Ummi Nazeera