Sepotong video pendek yang dikongsikan penyanyi dan hos, Zulin Aziz mengundang perhatian warga maya.

Zulin ‘Berpakat’ dengan pengacara program Trek Selebriti, Alif Farhan melakukan ‘prank’ terhadap rakan artis, Fikry Ibrahim.

Zulin berlakon seolah-olah mahu meminjam wang kira-kira RM29,000 total bagi melunaskan tunggakan sewa rumah selain sewaan sebuah kedai untuk memulakan bisnes.

“Tuan rumah nak halau aku. Tiga bulan tak bayar sewa sebab PKP kan. Aku mana ada duit. Aku tak tahu nak pinjam dekat siapa, aku dah stress gila.

“Tiga bulan Fikry, aku kena halau kot,” luah Zulin lalu Fikry ada meminta rakan artisnya itu untuk memberikan nombor akaun selepas bertanya mengenai amaun yang diperlukan Zulin iaitu sebanyak RM9,000.

Dalam reaksi terkejut, Zulin sekali lagi ‘usik’ Fikry dengan meminta pinjam wang sebanyak RM20,000 lagi bagi memulakan perniagaan.

“Aku macam segan tapi aku kena cakap. Aku nak berniaga,” kata Zulin.

IKLAN

“Tak apa nanti aku transfer kat hang,” jawab Fikry ringkas sambil disambut dengan reaksi teruja dari Zulin dan Alif.

“Tak apa itu kira aku sedekahkah kat hang, tak apalah,” kata Fikry lagi menerusi perbualan telefon.

Bagainamanapun, Zulin akhirnya memberitahu Fikry bahawa ia hanyalah sekadar prank semata.

Video pendek yang direpostkan kembali Zulin itu kini sudah pun ditonton lebih 250,000 kali oleh pengguna Instagram.

View this post on Instagram

Rm29 k boleh shopping tak?🤣 Tp seriously.. @fikryibrahim ni org yg sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia.Sembahyang,mengaji,jaga keluarga dia..anak yg baik. Haaa… dah puji ni.Bankin la betul2🤣. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je,bila senang hilang kemana.kita pun xkan tolong org tu sesuka hati. Berkawan dengan org baik2 tu pun rezeki. Ni pesanan jgk kat korang semua..walaupun kita tau dia baik hati,jgn pernah ambik kesempatan kat org tu. . . . #Repost @aliffarhan_jr ・・・ Beruntung dapat kawan cam @fikryibrahim , time member susah pun sanggup sedekah💪🏻🤣💯 Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @zulinaziz dan hos @aliffarhan_jr 🔥🔥🔥 SETIAP RABU| 11.00PM | ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Zulin turut mendedahkan akan kebaikan rakan artisnya itu yang disifatkan sebagai lelaki yang baik hati, tak lupa solat dan anak yang baik.

“Tp seriously.. @fikryibrahim ni org yg sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia.Sembahyang,mengaji,jaga keluarga dia..anak yg baik.

“Haaa… dah puji ni.Bankin la betul2. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je,bila senang hilang kemana.kita pun xkan tolong org tu sesuka hati.

“Berkawan dengan org baik2 tu pun rezeki. Ni pesanan jgk kat korang semua..walaupun kita tau dia baik hati,jgn pernah ambik kesempatan kat org tu,” tulisnya jujur.

Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata terhibur dengan prank yang dilakukan kedua hos berkenaan.

Malah ada yang memuji sikap Fikry yang mengambil berat dan prihatin terhadap seorang rakan baik.

Versi penuhnya boleh ditonton menerusi program Trek Selebriti musim terbaru yang bersiaran setiap Rabu jam 11.00 malam di Astro Ria.

Foto: Instagram Zulin Aziz, Fikry Ibrahim