YouTuber, Jebat Derhaka dicabar mengikuti sesi khas secara langsung bagi melihat bukti-bukti RichWorks yang melahirkan usahawan jutawan di negara ini.
Ia susulan dakwaannya sebelum ini yang seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama syarikat berkenaan.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, dia mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat berkenaan untuk menjemput YouTuber itu bersama-sama netizen bagi menjelaskan pelbagai persoalan.
Tegas Radz, RichWorks pada tahun ini sudah beroperasi selama 14 tahun dan tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa adanya bukti.
“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna.
“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepotong video yang dikongsikan di YouTube, petang tadi. Video sama turut dimuat naik di platform Tik Tok.
Ads
Radz antara lain turut mempelawa netizen untuk sama-sama melihat sendiri sesi khas berkenaan,esok malam.
Terdahulu pada semalam, Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan YouTuber berkenaan yang mencetuskan tular di media sosial.
Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.
“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya.
Ads
Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang membina jenama dari kosong sampai bergelar jutawan.
“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina. Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan,” jelasnya.
Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.
“Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.
“Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah ‘Tuah’.
“Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah,” katanya.
Jebat Derhaka sebelum ini mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo selain ragu-ragu mengenai billboard RichWorks yang mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan bukan satu hal mudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Vanessa Reynauld menzahirkan rasa syukur selepas impiannya untuk memiliki kereta pertama jenis Toyota Vios pada usia 22 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Vanessa, kejayaan tersebut merupakan hasil daripada kerja kerasnya selama ini.
“19.08.2022. Saya telah berjaya membeli kereta pertama. Perasaannya seperti mimpi. Saya sangat bersyukur kerana berjaya untuk membeli kereta sendiri pada usia 22 tahun.
“Mimpi sememangnya boleh menjadi kenyataan jika kita berkerja keras. Terima kasih kepada orang-orang tersayang yang sentiasa ada bersama saya disaat jatuh dan bangun,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Buat Ku Sempurna itu menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Vanessa turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang sentiasa menyokong dirinya selama ini.
Katanya lagi, dia tidak akan berhenti untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
“Kejayaan ini hanya membuatkan saya mahu bekerja dengan lebih keras untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Vanessa akan lebih sukses selepas ini.
“Proud of you baby girl,” komen penyanyi, Shila Amzah.
“Well deserved Vaness,”- kata penyanyi dan pelakon, Mark Adam.
“Proud of you love,” balas Thanuja.
“Congratulations, proud of you,” kata rati cantik, Francisca Luhong.
Terdahulu, nama penyanyi yang popular dengan gaya rambut kerinting itu mula mendapat perhatian selepas menyertai program nyanyian cilik Ceria Pop Star musim ke-3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Venessa Raynault
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mendedahkan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib teruja apabila melihatkan perubahan fizikal dirinya yang seolah-olah sedang hamil.
Malah, Shuib turut meminta Sarah untuk melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah.
“Dia gembira dan terus beli alat ujian kehamilan beberapa hari sebelum saya buat persembahan di program Lagu Cinta Kita 2. Saya faham dia teruja.
“Kemudian bila tengok hasilnya, dia terus cakap saya hamil. Tapi rupanya tidak sebab yang muncul hanya satu garis.
“Saya tidak letak harapan (hamil lagi), tapi saya tidak menolak kalau Dia bagi rezeki zuriat,” katanya.
Ditanya mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi di kalangan peminat, penyanyi lagu Manis ini menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan yang diambil sejak dua tahun lalu.
“Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus alami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya, situasi ini berlaku lebih dua tahun lalu iaitu ketika saya berdepan masalah anxiety.
“Sejak itu, saya mula sedar berat badan meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi ramai yang mengatakan saya hamil adalah tidak betul. Apa pun, terima kasih kepada peminat yang peka dengan perubahan fizikal saya.
“Saya juga tidak tahu untuk beri reaksi bagaimana apabila ada yang sangka saya mengandung.
“Walau bagaimanapun, saya sayangi diri ini dalam apa sahaja rupa bentuknya,” katanya yang sedang proses untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
Sarah ditemui pada sidang media single terbarunya, Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan Hazama.
Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.
Single tersebut dicipta oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.
Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji meninggal dunia dan Lok U ketik itu cuba menyiapkan lagu tersebut, namun beliau juga pergi mengadap Illahi pada 22 Januari 2020.
Seterusnya, Indigital Music proses pembikinan diteruskan Genervie bersama Emi gitarist sementara lirik oleh Rudy Imran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang hangat diskusi di laman Twitter membabitkan Instafamous yang melabelkan diri sebagai ‘content creator’ dan servis harga melampau yang ditawarkan.
Aisha Liyana mendapat komen netizen selepas menyamakan servis Instafamous seperti kerjaya profesional arkitek.
Ulasnya menerusi laman Twitter, Instafamous memberikan perkhidmatan iklan dan merupakan ‘content creator’. Malah, harga yang ditawarkan berdasarkan kehendak pelanggan.
“Since Ramai sangat tag, I just want everyone to be clear, we do services not goods. We are content creators. We usually give quotation based on the client’s requests.
“But we do have rate cards for a rough idea what the client can expect the price range.”
Menyamakan Instafamous seperti kerjaya profesional, Liyana juga memberitahu jarang arkitek mendedahkan harga kepada umum dan begitu juga dengan Instafamous.
“We rarely see architects, artists, (other creatives) reveal their prices for the public, correct? Same discretion is expected. Oh and we do pay tax and zakat. At least this is what I can say about my peers and I.”
Menerima reaksi pelbagai netizen dan ada yang memintanya supaya tidak membandingkan dua kerjaya berbeza.
Malah, ada yang meminta supaya Aisha berdiam diri daripada terus mempertahankan pendiriannya.
Menurut netizen lagi, servis profesional tertakluk kepada terma dan undang-undang.
Netizen turut mempersoalkan tugas ‘content creator’ yang disifatkan lebih bersifat syok sendiri dan banyak gambar selfie.
Apapun, apa yang dikongsikan itu adalah pendapat masing-masing dan setiap dari kita kan berhak untuk memberikan pandangan?
Yang penting, janganlah kritikan yang dibuat itu seperti melampau dan ekstrem. Betul tak?
Foto – Twitter Aisha Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!