Konsert ‘Journey’ Awie yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan bakal menjadi pentas terakhir buat penyanyi dan pelakon Datuk Awie untuk beraksi sebagai penyanyi solo.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
“Saya kehilangan banyak masa bersama keluarga. Kadang kala bila anak saya ada majlis konvokesyen atau terima anugerah, saya tak dapat datang.
“Anak-anak kecil saya ada aktiviti keluarga di tadika, saya tak dapat hadir. Isteri saya sahaja yang datang dan saya terpaksa bekerja. Anak sakit demam pun saya masih di luar jalani penggambaran.
“Jadi, saya mula terfikir, kenapa saya nak jadi tamak sangat? Sedangkan saya masih boleh meneruskan kehidupan walaupun hanya dengan Wings.
“Bila berakhirnya konsert solo ini, kuranglah sikit komitmen saya. Kini saya boleh fokus pada keluarga, Wings dan lakonan sahaja,” katanya kepada MH.
Vokalis kumpulan Wings itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert ‘Journey’ Awie yang berlangsung di Maristar, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Katanya lagi, meskipun anak-anak faham dengan kerjayanya sebagai anak seni, namun, dia kini sedar bahawa waktu bersama keluarga sangat berharga.
“Alhamdulillah, anak-anak tidak akan merungut di hadapan saya. Mungkin dia akan bercakap dengan ibu mereka. Saya yang terasa sendiri sebenarnya.
“Kadang-kadang, saya melihat kawan-kawan membawa anak-anak ke sana ke sini, saya tertanya kenapa saya tidak macam itu?
“Jadi, saya kena berubah. Sementara Allah masih berikan saya kesihatan walaupun banyak nikmat yang telah ditarik, baik saya buat sesuatu sebelum saya sakit teruk dan tak boleh buat apa yang mereka mahukan,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Awie akui banyak perkara yang harus dikorbankan untuk bergelar anak seni.
“Sebagai penghibur, walau apapun yang terjadi, kita tetap perlu naik ke pentas, terpaksa senyum dan hiburkan orang. Tapi hati dan perasaan kita, siapa yang hiburkan?
“Ini adalah perkara yang orang tak pernah ambil tahu. Tiada yang nak kupas hati dan perasaan seorang penyanyi. Kalau mereka sedang bersedih, macam mana mereka nak menghiburkan orang.
Ads
“Waktu saya disantau, mengalami masalah buah pinggang dan kaki bengkak, saya masih senyum di atas pentas. Orang tak tahu saya sakit tapi itulah pengorbanannya,” akhirinya.
Konsert ‘Journey’ Awie bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur dan tiket sudah pun mula dijual.
Awie merupakan artis tempatan pertama yang dipilih sebagai rakan Maybank bagi konsert ini.
Pemegang kad Maybank akan menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket menggunakan kad Maybank.
Selain itu, pembeli tiket juga boleh membuat pembayaran sebanyak 50% terlebih dahulu dan melunaskan baki selebihnya seminggu sebelum konsert bermula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang.
Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua, DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.
“Harini saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya taknak dia stress
“Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau.
“Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. bau perabot bagai bagai. saya tak suka .
“Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Untuk rekod, Shera telah mendirikan rumah tangga bersama Zahiril pada 20 Disember 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nadi Anaqi, 6 tahun.
Ratu irama Malaysia, Noraniza Idris ada berkongsi cerita bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani memberitahu dirinya tidak lagi berasa tertekan selepas tamatnya rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Selain itu, Noraniza mengakui berasa sedikit tertekan apabila menyertai rancangn hiburan tersebut.
“Settle dah fulldress rehearsal. Selalunya setiap malam sabtu Kak Ani confirm berdebar.
“Tapi minggu ni langsung tak stress, best je sbb perform tanpa dijurikan. So takdelah stress nk hafal lirik lah, ingat step lah. @neonpixelofficial,” tulisnya.
Imbas kembali, Noraniza diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi GV7.
Dalam perkembangan lain, Noraniza akan membuat persembahan istimewa bersama dengan penyanyi Wany Hasrita dan Shiha Zikir di pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020).
AME2020 bakal berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam dan bersiaran langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD malam ini.
Foto: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...