Setelah berhempas pulas bersaing dengan 10 finalis lain selama seminggu, akhirnya finalis kelahiran Johor Bahru, Aqila Afindi dinobatkan selaku juara bagi program Pencarian Wanita Melayu 2022.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aqila membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000, sebentuk tiara, trofi serta hadiah-hadiah lain sumbangan penaja.
Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi pula diraih peserta berusia 26 tahun, Nur Athiyah Hazirah.
Begi melengkapkan kedudukan, finalis, Siti Aishah diumumkan selaku pemenang tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta trofi.
Ads
Tiga pemenang teratas ini juga akan membawa pulang Diamond Pendant daripada penaja utama, Habib.
Pada acara kemuncak ini, pihak penganjur turut menyediakan dua anugerah khas iaitu Miss Photogenic serta Miss Personality yang masing-masing dimenangi finalis Nur Diana Seri Tunteja dan Sabrina Nizam.
Kedua-dua mereka menerima hadiah RM1,000 beserta trofi.
Ads
Kesemua hadiah disampaikan oleh Ikon Pencarian Wanita Melayu 2019 yang juga merupakan pelakon, Aini Sophie.
Acara kemuncak Pencarian Wanita Melayu yang kini memasuki edisi ke-7 itu telah dijurikan oleh penyanyi, Mas Idayu, pelakon, Vanidah Imran, Penysarah Fesyen UiTM, Faizal Hamid, Pengarang Urusan Majalah Nona, Kiffy Razak dan Azura Mokhtar selaku Pengurus Kanan Plaza Shah Alam.
Ads
Program yang berlangsung di Plaza Shah Alam ini telah dihoskan oleh gandingan selebriti Fahrin Ahmad dan Amy Nur Tinie.
Pada acara kemuncak ini, kesemua 10 finalis harus menempuhi dua pusingan iaitu persembahan bakat dan sesi soal jawab.
Sekadar informasi, sepanjang seminggu lalu, kesemua finalis telah berkampung di Plaza Shah Alam dengan beberapa aktiviti telah disusun seperti penjagaan etika, perunding imej, grooming, solekan, kebolehan memasak dan aktiviti bersama penaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Pencarian Wanita Melayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lapan tahun berlalu, namun jelas Aril Pilus, seolah-olah baru sahaja abangnya, Izwan Pilus meninggalkan mereka.
Bekas peserta Akademi Fantasi musim ke-7 ini turut berkongsi cerita 20 hari sebelum abangnya pergi mengadap Yang Maha Esa. Jelas Aril, sewaktu menyambut tahun baru di Koh Samui pada Disember 2011, dia tergerak hati menghubungi arwah Izwan dan memaklumkan dirinya selamat sampai, sedangkan tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.
“8 tahun pemergianmu, rasa seperti baru semalam kita bertemu 😊 damailah disana saudaraku, moga Allah swt merahmati mu.. amin!
“Ada 1 cerita, saja nak share dgn korang, december 2011, tahun baru saya di koh samui, ride big bike with abg2 dan kawan2 @motorcorner , tiba2 tergerak hati nak call arwah ni, and bgtau dia “wan! Aku dah sampai koh samui” dia tekejut sebab tak bg tau dia, tau2 da sampai Thailand.
“Dia cuma ckp “kau jaga diri elok2, jgn gila2 sgt!” Lepas hang up the phone, saya text kat whatsapp ucap selamat tahun baru, then dia hantar icon ni —>👳🏼♀.
“Yg peliknya, sebelum2 tu saya kemana2 merayau tak heran pon nak bg tau dia, mana saya pegi, lepak mana atau ride moto kat mana, tapi pelik, hari tu saya text call bgtau dan text dia.. rupanya saya ada masa 20 hari je dengan dia, sebelum dia meninggal dunia.. ok tu je! Huhuu.. love you abg wan, tunggu aku ok!,” kongsi Aril di laman Instagram miliknya.
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memberi tahu bahawa isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Leez Rosli telah mengalami serangan panik semalam.
Bagaimanapun, Aepul menjelaskan, keadaan terkini isterinya baik-baik sahaja selepas dibawa berjumpa dengan doktor.