Seminggu Masuk Hospital Sebab Komplikasi Jantung, Bapa Nabil Ahmad Meninggal Dunia

Share

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung.

Memetik laporan Mstar, khabar duka tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurus hos popular itu.

Menurutnya, bapa Nabil sebenarnya telah pun dimasukan ke hospital sejak seminggu yang lalu.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tengku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

“Bapa Nabil sudah lama mengidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk.

“Nabil kini berada di hospital bagi menguruskan jenazah,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, jenazah akan dibawa ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.

Sementara itu, stesen radio Era juga turut memaklumkan perkara yang sama menerusi akaun Instagram mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Mstar & Instagram Era

Published by
Aizam Manaf