Pempengaruh, Hafiz Mahamad menyatakan rasa syukur dan gembiranya melihat keceriaan yang terpancar daripada isteri, Syafiqah Aina.
Baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada 26 Julai lalu, Hafiz berkongsi perkembangan mereka sekeluarga menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Saya kesian tengok Aina, hari ini baru dia start senyum dekat saya. Memang saya rasa tak kena kalau dia tak senyum, sebab senyum tu lah yang saya perlukan hari hari.
“Tapi faham sangat keadaan dia, waktu melahirkan tu memang lama dia tahan sakit & darah pun banyak keluar. Badan & mental pun tak stabil.
“Seminggu ni, memang saya & Aina banyak diam. Kurang berbual & saya kesian bila tengah malam dia kena pump susu, kadang sampai tertidur duduk.
“Saya nak ajak bergurau / bercakap pun takut, sebab setiap kali tgk muka “ini signal” tak kena ni hehe,” kongsinya jujur.
Hafiz pada masa sama turut berkongsi momen di mana dia dan isteri saling memohon maaf atas khilaf masing-masing.
“Ada 1 situasi, saya memang dah set nak berjaga malam sebab setiap 1 – 2 jam memang kena bagi susu. Ingat lagi jam 3/4am, saya boleh pula tertidur.
“Aina kejut suruh panaskan susu, saya pi dapur panaskan susu & sementara menunggu susu nak panas tu saya tertidur.
“Sedar sedar je! Bila sedar, saya tengok cawan air panas je ada, susu dah takda. Tengok tengok jam, Ya Allah aku terlajak. Perasaan waktu ni, “saya memang serba salah & rasa diri tak boleh harap.”
“Masuk je bilik, saya terus minta maaf. Bagi dia masa sikit & terus dapat whatsapp “sayang minta maaf kalau terlalu emotional lately” ni. Alhamdulilah ini yang saya nak selama berkahwin, kita tak panjangkan cerita tu tapi kita cepat berbaik.
“Harini Alhamdulilah, dia dah start senyum & nampak segar balik. Kalini punya melahirkan, sangat mencabar. Hampir seminggu dah anak ke 2 saya lahir & setiap hari kena ke klinik/hospital sebab baby kuning & kakak yang sulung tu demam.
“Apa apa pun, dia wanita. Saya dapat tahu 1 perkara, wanita selepas dia melahirkan. Macam macam perkara dia akan rasa “rasa diri dah tak cantik, badan dah hancur & lain lain.” Kalau bab emosi, itu memang tak stabil.
“Ainaa, apa pun awak rasa. Abang nak awak tahu, sampai bila bila pun awak adalah wanita yg cantik. Bukan sweet talker ni, tapi ini hakikatnya,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .